Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

LAGI NGO BANTAH SAIFUDDIN NASUTION SEBAGAI YDP MAINPP...HALOO MAMAT INI BUKAN LATARBELAKANG AGAMA

Loading...
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Bahagian Bukit Dumbar hari ini menyuarakan bantahan terhadap cadangan perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri (MAINPP).

Pengerusinya, Fatimah Abu Bakar berkata, pihaknya bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George dan Persatuan Penduduk Sungai Pinang bergabung membuat bantahan berkenaan.

“Yang Dipertua MAINPP merupakan ketua agama di negeri ini mewakili Yang di-Pertuan Agong dan perlu mempunyai kuasa pregoratif, namun kita meragui pendirian Saifuddin sebagai pemimpin PKR.

“Ini kerana, pendirian PKR dalam isu penyalahgunaan kalimah suci Allah S.W.T, murtad, islam liberal dan penguatkuasaan syariah selama ini dipertikaikan banyak pihak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Portal propembangkang, Malaysiakini sebelum ini mendedahkan pelantikan Naib Pengerusi PAN, Datuk Dr. Mujahid Yusoff Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAINPP manakala Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin sebagai Ahli Majlisnya. – UTUSAN ONLINE
Loading...
Back To Top