Dalam kehangatan teka teki bila tarikh pilihanraya umum ke 14 nampaknya segala butir kata khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi yang ada kaitan dengannya diselak diteropong dan dijadikan modal andaian.
Apapun buat masa ini semua tok-tok nujum boleh kata sudah sependapat PRU14 tidak akan diadakan dalam tahun ini atau pun dalam bulan Januari tahun depan.
Ini kerana pelbagai faktor yang dilihat tidak memungkinkan ia diadakan dalam waktu itu termasuk mood hujung tahun,musim tengkujuh serta kesibukan awal persekolahan.
Pada Ahad...Zahid telah mencuri perhatian ramai bila nampak macam menyentuh soal pilihanraya dalam ucapan beliau pada satu majlis dengan masyarakat Cina di Hutan Melintang dalam kawasan parlimen beliau di Bagan Datoh.
"Jangan lupa hari besar kita akan

Loading...
sampai, lepas Tahun Baru Cina akan ada hari besar lain. Kalau dulu bikin silap tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi woo,” katanya.
Tahun Baru Cina jatuh pada 16 dan 17 Februari .
Tempoh parlimen dari PRU13 akan berakhir pada 26 Jun 2018.Ini bermakna PRU14 wajib diadakan dalam tempoh 60 hari yakni sebelum 26 Ogos.
Apakah kata-kata Timbalan Perdana Menteri bahawa 'lepas Tahun Baru Cina akan ada hari besar lain' satu indikasi jelas darinya mengenai tarikh PRU14.
Seorang pemerhati politik veteran yang dihubungi untuk mengulas hal kata memang adalah selamat untuk buat ramalan PRU14 akan diadakan selepas Tahun Baru Cina.
Menurutnya dari segi strategi politik dan amalan tidak mungkin PRU 14 akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina.
Namun beliau tidak berani kata PRU 14 akan diadakan sejurus selepas Tahun Baru Cina.
Mungkin Zahid beri indikasi itu agar semua jentera buat persiapan rapi menjelang pilihanraya itu.
"Cuma kini kena teka bila tarikhnya antara lepas Tahun Baru Cina hingga 26 Ogos....waktunya dalam tujuh bulan itu saja ',"katanya.
Dalam pada itu beliau tidak menolak kemungkinan PRU14 diadakan pada saat akhir sebelum 26 Ogos.
Katanya segala kemungkinan boleh berlaku. "Silalah ramal,"katanya.