Penulis tidak pasti sama ada orang Malaysia masih ingat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 yang berlangsung pada 1999. Barisan Nasional (BN) ketika itu tidak diundi orang Melayu, tapi pengundi Cina telah ‘menyelamatkan’ Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjadi ‘diktator’ di negara ini.
Ketika itu, bukan saja orang Melayu atas pagar, malah orang UMNO sendiri pun marahkan Mahathir. UMNO berpecah ketika itu gara-gara tindakannya menyingkirkan dan menyumbat bekas Timbalannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke penjara.
Ketika itu juga menyaksikan DAP tersentak. Lim Kit Siang tewas di Parlimen Bukit Bendera, mendiang Karpal Singh pula tewas di Parlimen Jelutong. Dua tokoh terhebat DAP tewas gara-gara orang Cina memberi undi kepada BN pada PRU ke-10 itu.
Mungkin dari situlah DAP mula menyusun strategi baru. Strategi itu tidak menjadi pada PRU ke-11 (2004), namun Karpal menang di Bukit Gelugor, manakala Kit Siang pula berjaya mendapat kerusi di Ipoh Timur. Sejak itu, DAP makin dilihat semakin agresif ‘masuk jarum’.
Pada PRU ke-12, strategi DAP berhasil. Mereka berjaya mendapatkan paling banyak kerusi, tertinggi bilangannya di kalangan pembangkang. Pada pilihan raya inilah mulanya pengundi Cina ‘swing’, tidak memihak lagi kepada BN. MCA dan Gerakan tewas teruk!
Apa strateginya? Tanyalah kepada orang MCA mahupun Gerakan, mereka akan jawab ‘strategi politik kebencian’. Strategi itu begitu ampuh dan berjaya menghasut orang Cina supaya sangat benci kepada MCA, Gerakan, mahupun BN.
Sudah dua penggal, pengundi Cina di negara ini memberi undi kepada DAP atau gabungan parti politik pembangkang yang dikuasai parti itu. Pada PRU ke-13, mereka masih tidak memihak MCA mahupun Gerakan. Benci sungguh pengundi Cina kepada parti kerajaan?
Sememangnya strategi ‘politik kebencian’ yang ditanam DAP itu sangat mujarab. Mereka menang dari sudut politik. Mereka berjaya menguasai Pulau Pinang sepenuhnya. Walau tidak menjadi Menteri Besar di Selangor dan Perak, hakikatnya semua tahu siapa sebenarnya yang berkuasa di negeri itu, bukan?
Kini, penulis yakin bahawa DAP telah mengajar strategi berkenaan kepada pemimpin Pakatan

Loading...
Harapan dengan baik. Sasaran mereka kali ini bukan lagi orang Cina, tapi kepada orang Melayu, khususnya golongan atas pagar dan penjawat awam.
Setiap hari, ada saja strategi licik yang mereka lancarkan untuk menaikkan darah orang Melayu terhadap Kerajaan, terutama UMNO. Yang tidak ada, mereka sengaja ada-adakan. Yang tidak masuk akal, mereka cuba logikkan. Yang baik, mereka buruk-burukkan.
Hampir semua cara mereka ‘halal’kan. Tidak kiralah sama ada benar atau tidak, mereka tohmah sebaik mungkin dan sebarkan. Ramuan yang tidak benar dicampur adukkan dengan yang sedikit kebenaran. Yang benar mereka tidakkan, yang tidak benar mereka dakwa benar belaka. Mereka bagai tidak kisah dosa atau neraka, asalkan orang Melayu benci UMNO.
Pada pandangan penulis, mungkin benar strategi politik kebencian itu sangat berkesan. Namun begitu, sedar atau tidak, strategi itu sebenarnya telah merosakkan nilai-nilai murni yang sepatutnya subur tersemai di kalangan rakyat di negara ini.
Mereka yang terpengaruh dengan politik kebencian ini akan bersikap tidak rasional. Kerajaan BN buatlah apa saja, mereka akan tetap pandang negatif. Buatlah dasar sebaik manapun, sebijak mana pun, sehebat mana pun, mereka akan tetap benci. Itu yang berlaku terhadap orang Cina sebelum ini.
Namun kini, khabarnya orang Cina makin tersedar. Mereka secara tidak langsung dapat menyedari betapa mereka berbohong pada diri sendiri. Keluarga mereka dikatakan hilang nilai murni, tidak lagi mementingkan pendidikan dan hilang ‘semangat’ jatidiri kekeluargaan.
Malangnya, ‘penyakit’ tersebut telah berjangkit kepada orang Melayu, terutama orang muda yang masih mentah dalam mengenal realiti kehidupan sebenar. Walaupun kini pada tahap minoriti, namun semakin menjalar merosakkan minda mereka.
Ada di kalangan mereka yang begitu obses dengan yang suatu yang jelas tidak benar. Malah fitnah pun mereka sanggup pertahankan, kononnya benar. Hinggakan SKMM terpaksa tubuhkan laman portal Sebenarnya.my? Apa sudah jadi dengan orang Malaysia?
Begitulah dahsyatnya ‘racun’ yang disuntik oleh Pakatan Harapan kepada rakyat di negara ini. Satu strategi yang sangat ampuh, namun memberi kesan buruk kepada nilai hidup masyarakat di negara ini. Mereka mungkin menang politik, tapi moralnya mereka sebenarnya perosak, bukan?
Soalnya, sanggupkah kita membiarkan budaya negatif seperti itu tertanam dalam diri rakyat di negara ini, terutama anak-anak kita dan generasi akan datang? Mahu minda mereka dirosakkan dengan ‘racun kebencian’? Itu yang dianjurkan Islam? Fikir dan renungkan sedalam-dalamnya sebelum ia membarah menjahanamkan negara….