Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DUIT RAKYAT : NAJIB BERJAYA JIMAT RM3.5 BILION, MAHATHIR HILANGKAN RM100 BILION

Tun Dr Mahathir Mohamed terus berani menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini khususnya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion sejak tahun 2015 lagi, walaupun telah disiasat dan dijawab dengan fakta yang menunjukkan Najib tidak bersalah.

Bagaimanapun Bapa Permodenan Negara itu menikus tatkala seorang wartawan veteran Australia bernama Barry Wain menuduh beliau bertanggungjawab ke atas kerugian berjumlah RM100 bilion sepanjang bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.

Dia juga turut menikus dan berkata ‘tidak tahu’ dalam skandal kehilangan wang Bank Negara Malaysia (BNM) melalui forex.Wain membuat pendedahan dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times.

Ya, memang sepanjang tempoh perkhidmatan Dr Mahathir sebagai
Loading...
perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003, beliau telah membawa kejayaan ekonomi yang besar kepada Malaysia tetapi pada masa yang sama turut menyebabkan pembaziran sehingga RM100 bilion kerana melaksanakan projek-projek mega.

Berbeza pula apabila Najib mengambil alih pemerintahan negara. Dengan memperkenalkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS sejak 2009, kerajaan berjaya menjimatkan sekitar RM3.5 bilion.

Sebagai contoh, Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah mampu membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion, manakala usaha sama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan.

Inilah yang memungkinkan Dr Mahathir dan pembangkang iri hati terhadap corak pemerintahan Najib. Jika hanya dalam masa 6 tahun beliau mampu menjimatkan wang negara sebanyak itu, tidak mustahil beliau dengan mudah mampu memacu negara mencapai status negara maju dengan lebih pantas berbanding tempoh yang dijangka.

Malah, dengan kebijaksanaan urus tadbir oleh beliau, tidak mustahil Najib akan menjadi seorang Perdana Menteri paling berpengaruh dan berjaya bertahan lama. Tidak keterlaluan jika kita katakan Najib akan menjadi pemimpin yang lebih kuat berbanding Dr Mahathir.
Loading...
Back To Top