Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Contohi sifat mulia Zambry... - Wanita MCA

Pemimpin pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) di negeri Perak diminta mencontohi sifat `mulia’  mendekati  dan menyelesaikan permasalahan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh Menteri Besar  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam konteks ini Pengerusi Wanita MCA Ipoh Timur, Kat Wong menegur  pemimpin –pemimpin pembangkang itu kerana gemar menuding jari  membuat tohmahan terhadap kepimpinan negeri.

Katanya, keamanan dan kemakmuran negeri yang dikecapi rakyat hari ini memang tidak boleh dinafikan. Di bawah pentadbiran Dr.Zambry, kerajaan negeri  sentiasa melakukan gerak kerja dasar dan inisiatif yang lebih baik untuk memacu pembangunan ekonomi negeri.

``Saya tidak bersetuju tohmahan yang dilemparkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyatakan negeri ini gagal …semuanya adalah tohmahan palsu belaka.

``Tidak ada gunanya kalau kita hanya marah dan melemparkan tohmahan tapi tidak memberi cadangan membina untuk membangunkan negeri Perak.

``Saya lebih suka kalau kita duduk bersama memberikan cadangan membina
Loading...
kepada kepimpinan negeri Perak dimana ia telah lakukan oleh Dr Zambry melalui program Permukiman,”katanya.

Kat Wong menambah melalui program Permukiman, Dr Zambry sendiri turun padang mendengar  cadangan, rungutan dan juga maklum balas rakyat sendiri dan ia diikuti barisan Exco  negeri.

``Saya harap  program dan sifat mendekati rakyat ini dapat dicontohi oleh semua pemimpin baik diperingkat kerajaan negeri mahupun politik khususnya parti-parti pembangkang.

``Ini kerana sebagai wakil rakyat parti politik adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendekati  dan menyelesaikan permasalahan  rakyat…bukannya menuding jari sahaja,’’ katanya  yang juga AJK Wanita MCA Pusat.

Beliau turut memberi penghargaan kepada kerajaan negeri  pimpinan  Dr Zambry  kerana membentangkan Bajet 2018 negeri Perak yang berteraskan kebajikan rakyat.

``Bajet ini jelas memberi fokus lebih kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah bagi memastikan mereka tidak tercicir dari arus pembangunan.

``Saya amat gembira kerana Bajet ini turut memberi penekanan kepada pembangunan belia serta peluang keusahawanan dalam melahirkan ramai usahawan belia,’’ katanya.

Kat Wong turut menghargai usaha kerajaan untuk meneruskan peranan besar yang dimainkan Yayasan Bina Upaya (YBU) untuk membantu rakyat berpendapatan rendah termasuk ibu-ibu tunggal menceburi bidang perniagaan menerusi bantuan pinjaman mikro, bantuan membina rumah dan membaikpulih rumah dan sebagainya.
Loading...
Back To Top