Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

ANAK MUKHRIZ ‘TUNJUK’ KEKAYAAN BAPANYA DI MEDIA SOSIAL?

Sebaik kisah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi tajuk utama pelbagai media, turut menarik perhatian masyarakat kisah gadis genit anak dara Mukhriz, Meera Alyanna yang menjadi kegilaan remaja kerana sering menjelajah ke seluruh dunia.

Akaun Instagram milik Meera
Loading...
Alyanna atau Ally, sarat dengan foto dan kata-kata sokongan kepada bapanya yang dikatakan semakin hampir digantikan bagi mentadbir Kedah.

“Ayah saya sentiasa menjadi Superman saya,” tulis Ally dalam status pada 27 Januari lalu.

Ia menerima 1,610 likes dan turut menerima komen sokongan daripada pengikutnya.

Ally dianggap gadis bertuah kerana sering memuatnaik percutian di luar negara dan menjadi impian remaja yang mengikuti akaun Instagramnya.

Gadis dianggap sebagai ‘penjelajah dunia’ berikutan kekerapan memuatnaik foto percutian di luar negara dengan gaya tersendiri.

Terkini, gadis itu memuatnaik foto berada di Edinburgh, United Kingdom biarpun beberapa minggu lalu baharu sahaja berada di negara lain.
Loading...
Back To Top