Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

AMBIGA DAN USAM MUSA KETAKUTAN, MASING-MASING SEMBUNYI DIRI

Orang yang mencadangkan Pakatan Harapan berbaik semula dengan PAS adalah orang yang sama menuduh PAS menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak.
Individu itu adalah Ambiga Sreenevasan.

Bagaimanapun Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam enggan mengulas dakwaan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang menamakan beliau sebagai pemberi maklumat kepada editor portal itu.

“Saya fikir saya tak boleh bincangkan prosiding yang sedang berlaku di mahkamah UK,” katanya dalam jawapan WhatsApp kepada The
Loading...
Malaysian Insight.

Sikap Ambiga yang sengaja mengunci mulut itu dibaca Walaun United sebagai berada dalam dilema.
“Jika dia pilih untuk back up saraf PH melalui SR Clare Brown ni, credibility dia at risk sebab keterangan dengar cakap/hearsay tak laku melainkan ada bukti yg jelas. Itu bukan mudah. Mana boleh bekas Presiden Majlis Peguam jatuhkan imej profesionnya sampai begitu sekali.

“Takkanlah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia mahu dilihat dibuli dalam sesi crosscheck/soal balas oleh queen’s council, Peguam yang mewakili PAS dengan tanpa bukti jelas. Di dalam Mahkamah di UK pula tu.

“Dalam keadaan dia tahu Hakim yang berkenaan telah beri amaran kepada Clare Brown dalam perbicaraan sebelum ini kerana sesuka hati buat tuduhan tapi tidak menunjukkan bukti.
“Tapi jika dia memilih menafikan sebarang kaitan dengan dakwaan Clare Brown, macam beri pukulan maut kepada PH yang bersungguh- sungguh menghasut rakyat supaya percaya.
“Dia boleh hilang kawan-kawannya,”katanya.
Loading...
Back To Top