Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus dilanda masalah selepas 10 lagi kepimpinan bahagiannya membuat aduan rasmi ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkaitan kepincangan dalam perlembagaan parti di negeri ini.
Antara 10 bahagian yang membuat aduan tersebut ialah Sembrong, Kulai, Mersing, Batu Pahat, Senggarang, Kluang dan Kota Tinggi.
Bekas Penyelaras PBPM Bahagian Kluang, Arjuna Putera Ali berkata, tindakan tersebut diambil

Loading...
ekoran kepincangan dalam perlembagaan parti serta tindakan menangguhkan perhimpunan agung selama enam bulan lagi.
Katanya, perkara tersebut menunjukkan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd. Noor tidak layak memegang jawatan berkenaan kerana kenyataannya sebelum ini disifatkan sebagai sampah dan mahu menipu ahli parti semata-mata.
“Ada kemungkinan beliau menjadi kambing hitam Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mengeluarkan kenyataan dangkal itu. Ini kerana menurut perlembagaan PPBM, sebarang pindaan hanya boleh dibuat melalui ketetapan yang dipersetujui oleh tidak kurang dua pertiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan agung tahunan atau perhimpunan agung khas sebelum diserahkan kepada ROS untuk kelulusan.
“Sekiranya undang-undang sendiri pun tidak fasih dan bercelaru, mana mungkin orang sebegini mampu tadbir negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Utusan