KUALA TERENGGANU: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan pakatan partinya bersama DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).
Sambil menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, pilihan PAS untuk bersendiri mungkin menunjukkan parti itu tidak lagi berpegang kepada objektif menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Beliau mengulas kenyataan Hadi di sini malam tadi yang mendakwa pakatan empat parti berkenaan menyingkirkan PAS daripada kerjasama dalam gabungan itu.
"PAS yang kata tidak akan kerjasama dengan kita. Jadi kita atas dasar pakatan, memang tidak ada kerjasama lagi dengan

Loading...
PAS," kata Wan Azizah ketika ditemui media selepas merasmikan bilik gerakan utama pilihan raya PKR Terengganu di Chabang Tiga di sini, hari ini.
Hadi yang ditemui selepas majlis makan malam dan dialog bersama badan bukan kerajaan sempena Fastaqim 2.0 malam tadi, turut menegaskan, pakatan DAP-PKR-PPBM-PAN rugi besar kerana memutuskan kerjasama dengan partinya yang mempunyai 7,000 cawangan di 195 kawasan seluruh negara.
Ahli Parlimen Marang itu turut menyatakan pakatan pembangkang akan 'terpelanting' apabila menyingkirkan PAS daripada kerjasama berkenaan.
Kepada kenyataan itu, Wan Azizah menyifatkan Hadi mungkin tidak sedar kemenangan PAS di banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 adalah kerana bergabung bersama parti pembangkang lain.
"Daripada analisis kita, banyak kerusi dimenangi PAS pada PRU-13 tidak pernah dimenangi parti itu sebelum ini. Banyak kerusi dimenangi PAS juga kerana sokongan pengundi Cina yang menyokong pakatan pembangkang.
"Beliau (Hadi) boleh buat apa sahaja andaian, tetapi semuanya terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan nanti dan akan menentukan siapa menang," katanya.