Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

HAK ORANG SABAH DAN SARAWAK TERABAI DI BAWAH MAHATHIR

Sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Sabah dan Sarawak ditadbir secara ketat jika dibandingkan dengan pemerintahan dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada zaman pentadbiran dan pemerintahan Mahathir, bekas Perdana Menteri itu telah mengambil kesempatan terhadap Sarawak sehinggakan mengabaikan pembangunan fizikal di negeri itu.

Semua sedia maklum cara Mahathir, beliau sangat mengawal dan mentadbir secara ketat bagi Sabah dan Sarawak sehinggakan Sabah dan Sarawak tidak boleh bernafas tidak seperti di bawah kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahathir adalah orang yang jenis tidak pernah mengakui kelemahan dan kesilapan diri beliau sendiri.

Sudah pasti sesuatu yang terjadi kepada negara kita selama ini selama 22 tahun pemerintahan Mahathir pastinya Mahathir mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri dan unik sehinggakan tidak mahu dedahkan kepada umum. Kalau semua hendak tahu 22 tahun Mahathir mengabaikan Sabah dan Sarawak dan jika 22 tahun pada zaman Mahathir, Mahathir mengambil kekayaan Sarawak dan Sabah demi kepentingannya, manfaat dan kroninya sendiri. Dengan segala apa yang telah dilakukan oleh Mahathir terhadap Sabah dan Sarawak selama ini biarlah pada hari ini kekayaan Sabah dan Sarawaj dipulangkan semula kepada orang Sarawak dan Sabah.

Orang Sabah dan Sarawak berhak mendapat hak mereka semula.
Mahathir menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional atas kekalahan besar DAP dalam Pilihan Raya
Loading...
Negeri Sarawak sedangkan kalau boleh Mahathir berfikir sejenak dan lebih afdhal jika Mahathir akui sahaja bahawa beliaulah sendiri adalah punca kekalahan teruk DAP. Jika 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri suatu ketika masa dahulu, Mahathir tidak mengabaikan Sarawak dan Sabah mungkin pada hari ini orang Sabah dan Sarawak akan bersama-sama dengan Mahathir. Tetapi apakan daya masa tidak boleh diputar semula.

Mahathir tidak memberitahu orang Sabah dan Sarawak selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, beliau tidak mengabaikan pembangunan dan kemajuan Sabah dan Sarawak daripada hasil minyak melainkan menumpukan pembangunan di Semenanjung dengan mempergunakan hasil minyak membina Menara Berkembar Petronas, Membina Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), membina Pusat Pentadbiran Baru Persekutuan (Putrajaya), membina litar Sepang, mengarahkan Petronas memberikan subsidi besar-besaran kepada TNB, selain bail-out syarikat-syarikat kroni termasuk syarikat anak beliau sendiri.

Kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan dan membawa kemajuan dan pembangunan serta correction action di atas semua kesalahan dan kekhilafan Mahathir dan Mahathir sepatutnya bersyukur dan berterima kasih terhadap segala yang cuba dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Sabah dan Sarawak. Tetapi hakikatnya orang yang bernama Mahathir sama sekali tidak tahu bersyukur dan berterima kasih malah tidak mahu mengaku segala kesalahan dan kelemahan yang dilakukan oleh beliau selama ini.

Kesimpulannya orang Sabah dan Sarawak perlulah meneliti dan menilai kenyataan Mahathir sebagaimana mantan Perdana Menteri ini sangat hebat menyalahkan pihak lain, dan lihatlah kini Mahathir telah meletakkan kesalahan yang telah beliau lakukan selama ini kepada pemimpin lain serta mengambil peluang dan kesempatan terhadap pihak lain. Untuk Pilihan Raya Umum akan datang nanti, orang Sabah dan Sarawak pilihlah dan undilah Kerajaan Barisan Nasional.
Loading...
Back To Top