Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Sah...PAS tidak akan calonkan Mahfuz di Parlimen Pokok Sena

Nama Datuk Mahfuz Omar agak sinonim dengan Pokok Sena kerana beliau sudah lama jadi Ahli Parlimen PAS kawasan tidak jauh dari Alor Star itu.

Namun pada pilihanraya umum ke 14 apa yang sudah pasti Mahfuz tidak lagi akan jadi calon PAS kawasan itu.

Jika nak bertanding juga di kawasan tradisinya itu beliau kena pilih ' tiket' lain samaada bebas atau atas parti lain.

Pengesahan ini dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kepada wartawan dalam
Loading...
sidang media di Kompleks PAS, Sarang Semut, Kedah Sabtu.

Beliau tidak berselindung kata sebabnya Mahfuz kini dilihat cenderung bersama Pakatan Harapan.

“Kalau dia (Mahfuz) dah bersama HARAPAN takkan dia nak jadi calon PAS, tak mungkin. Saya boleh sahkan dia tak ada dalam senarai calon (PAS), untuk PRU depan dia tidak ada, dia boleh cari platform lain.
“Kita ada kepimpinan PAS Pokok Sena yang bersama PAS. Dalam PAS, kita tak menghormati pemimpin atas kapasiti individu, kita patuh dia sebab pemimpin PAS.

“Selepas dia (Mahfuz) isytihar secara zahir atau tidak tinggalkan PAS jadi kita ucap bye bye lah,” katanya .

Beliau juga anggap Mahfuz sudah tidak ada nilai berita dan ahli PAS tidak rasa apa-apa mengenai dirinya.

Diminta mengulas mengenai kehadiran Mahfuz dan tiga pemimpin PAS pada Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara (AMANAH) di Alor Setar Sabtu Muhammad Sanusi serah kepada PAS Pusat.
Loading...
Back To Top