Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis tahan Zamihan dipercayai menghasut

Polis menahan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Dr Zamihan Mat Zin susulan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad
Loading...
lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Zamihan ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 3.50 petang Rabu.

"Permohonan reman ke atas Zamihan (untuk membantu siasatan) akan dibuat esok," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata Zamihan disiasat di bawah akta itu selepas pihaknya menerima laporan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman.
Loading...
Back To Top