Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kit Siang belum saman saya – Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau belum menerima sebarang saman daripada Lim Kit Siang berhubung tindakan agresifnya menyebarkan tentang bahayanya DAP di Malaysia.

Menurutnya, beliau tidak gentar dengan ugutan Ahli Parlimen Gelang Patah itu, malah akan terus bercakap.

“Mungkin Kit Siang tengah tengok siaran ini, dan ada kata nak saman saya, tapi saya belum terima apa-apa saman dari beliau.

“Sebelum ni saya cakap tentang perkara yang sama di Pulau Pinang, malam ni saya cakap benda yang sama di  sini ,” katanya Isnin malam tadi dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog perjuangan 4All Penerangan Puteri UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Program itu turut dihadiri Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ahli Parlimen Ketereh itu mengulangi kisah sejarah parti seprihan PAP yang bermula di Singapura sehingga negara itu keluar dari Malaysia.

Namun jelas Annuar, meskipun penyingkiran Singapura itu diluluskan dalam Parlimen pada 1965, namun ideologi  tentang bahayanya DAP masih dirasai sehingga hari ini.

“Tunku Abdul Rahman sangat takut dengan cara politik PAP di Singapura, kerana DNA dia tidak mennyokong semangat yang kita junjung,  tak ada soal raja-raja, tak ada pasal agama Islam atau Bahasa Melayu, DNAnya sangat lain, inilah corak politik yang dibawa DAP.

“Tunku Abdul Rahman merasakan ini adalah serangan kencing manis kalau ibu kaki dah berkudis, tak dibuang maka ia akan merebak ke seluruh kaki tersebut,” dakwa bekas Pengerusi MARA itu.

Terdahulu, Annuar melancarkan buku ‘DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia’.

Ia adalah susulan 29 peserta yang memenangi wang tunai terkumpul
Loading...
berjumlah RM50,000 dalam pertandingan menulis artikel mengenai Kit Siang untuk menjawab soalan ‘Rasis, anti-Islam, 51 tahun diktator, adakah benar?

Sementara itu Annuar juga kata DAP akan terus memperkudakan sesiapa sahaja termasuk bekas pemimpin UMNO mahupun rakan dalam kem pembangkang demi survival politik dan kuasa.

Beliau berkata keupayaan Kit Siang menjinakkan tokoh politik negara seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilihat selama ini kebal dan sukar ditewaskan dalam dunia politik, akhirnya tumbang dengan kata-kata manisnya, sekali gus melayakkan pemimpin veteran DAP itu dinobatkan sebagai diktator politik.

"Ada beberapa orang hebat dalam politik negara. Tetapi, tidak ramai boleh pikat hati, boleh lawan Tun Mahathir termasuklah Tengku Razaleigh Hamzah dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri.

(Lim) Kit Siang belum pernah pergi pejabat UMNO sepanjang Tun Mahathir dalam UMNO. Tetapi, akhirnya Tun Mahathir pergi pejabat DAP. Kini (Lim) Kit Siang mampu tawan dan jinakkan Tun Mahathir," katanya.

Annuar berkata kem pembangkang kini dilihat bertarung nyawa dan mengharapkan talian hayat daripada DAP yang jelas menguasai lebih banyak kerusi politik berbanding sekutunya yang masih terkial-kial mencari sokongan dan perhatian selain bergaduh sesama sendiri demi jawatan.

Jelasnya, politik yang diamalkan DAP khasnya di bawah naungan Kit Siang itu hanya mementingkan diri sendiri dan memerangkap pihak lain termasuk menggunakan wanita Melayu muda sebagai modal meraih perhatian masyarakat.

"Mereka gunakan wanita Melayu muda seperti Dyana Sofia Mohd Daud (bekas calon Parlimen Teluk Intan) hanya untuk publisiti. Bukan mencari mereka yang betul-betul ada kelayakan seperti dibuat UMNO," katanya.

Sementara itu, Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata DAP meniru modus operandi UMNO dengan mengetengahkan wanita muda, namun mengeksploitasinya untuk memancing perhatian dan bukannya benar-benar menghargai peranan yang dimainkan golongan tersebut.

UMNO melalui sayap Puteri dan Wanita telah dan bakal melahirkan lapisan pemimpin yang mempunyai pelbagai latar belakang menarik dan memegang jawatan penting di dalam dan luar sektor kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Loading...
Back To Top