Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kes Datuk Seri…TPM Zahid minta tiga anggota RELA buat laporan SPRM

Ini kes sendiri bikin selepas satu penyakit cari penyakit lain.Ia nyata agak keterlaluan kerana melibatkan seorang bergelar ‘Datuk Seri’.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri nampaknya tidak akan berkompromi dalam kes Datuk Seri berusia 29 tahun belasah tiga anggota RELA di Ampang Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki bergelar 'Datuk Seri' itu.

Mereka mendakwa kejadian berpunca daripada tindakan meminta suspek mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Pada Selasa lelaki yang bikin malu pada kalangan mereka yang ada gelaran kebesaran itu dikenakan tahanan reman empat hari.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali di Mahkamah Majistrer Ampang bagi membolehkan siasatan dilakukan
Loading...
mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Suspek ditahan pada jam 4 petang Isnin selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Selain kes belasah tiga anggota RELA dia juga mungkin terpaksa berdepan dengan SPRM pula.

Ini gara-gara lelaki itu menerusi orang tengah cuba sogok RM10,000 seorang tiga anggota RELA berkenaan supaya tarik balik laporan polis keatasnya.

Perbuatan itu didakwa cuba dilakukan Ahad lalu.

Ia didedahkan oleh Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin kepada wartawan Isnin.

Zahid yang diminta mengulas hal berkenaan meminta tiga anggota RELA membuat laporan kepada SPRM.

"Saya dimaklumkan perkara ini oleh Ketua Pengarah RELA. Kementerian Dalam Negeri mendukung  supaya siasatan rapi dilakukan PDRM dan SPRM terhadap dua kes berbeza untuk memberi pengajaran bahawa dalam seseorang itu menerima anugerah tinggi dalam usia agak rendah (muda), penerima harus tahu status sosial mereka.

"Jika hendak dihormati, mereka perlu menghormati orang lain sebelum memaksa orang lain hormati mereka," katanya.

Beliau menegaskan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur,Selasa.
Loading...
Back To Top