Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

GST SELAMATKAN MALAYSIA, BEKAS MB SELANGOR PUJI ‘IBU SEGALA BAJET’

Loading...
Pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lepas disifatkan sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Najib ‘ibu segala bajet’ mendapat pujian bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Melihat inisiatif berterusan Kerajaan Persekutuan mengekalkan pertumbuhan ekonomi, Khalid menegaskan bahawa pelaksaanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bakal meraih pendapatan RM43.8 bilion bersamaan 13.8% daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ini adalah jumlah yang besar memandangkan pendapatan daripada dividen Petronas pada 2017 hanyalah RM17 bilion,” ujarnya dipetik kenyataan semalam.

Khalid yang digulingkan dari jawatan Menteri Besar oleh partinya sendiri menjelaskan, bajet oleh Barisan Nasional (BN) menjadikan Selangor sebagai penerima manfaat terbesar dibawah peruntukan pembangunan dengan pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping serta rangkaian rel MRT dan LRT baharu.

“Tambahan pula, dua darIpada 4 jalan bertol yang akan ditamatkan berada di Selangor,” tegasnya.

Jelas ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, program yang baik wajar dinikmati oleh semua namun Khalid menekankan agar pelaksanaan bajet dilakukan dengan telus agar tiada ketirisan berlaku yang akhirnya merugikan ramai pihak.

Pakatan Harapan dalam pada itu menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Najib ‘diciplak’ daripada Bajet Alternatif diperkenalkan mereka.

“Jika Bajet 2018 dicuri daripada Pakatan bermakna ianya sebagus apa yang dikatakan ‘bajet alternatif’ Pakatan. Jika begitu mengapa mereka masih mengadu? Bukankah itu bermakna Pakatan mengkritik ‘bajet alternatif’ mereka sendiri?” soal penganalisis politik, Raja Sara Petra.

Pakatan Harapan menerusi bajet alternatif mereka berjanji untuk memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol, dan menghapuskan GST.

Penghapusan GST akan mengurangkan pendapatan negara sebanyak RM25 bilion dan Pakatan Harapan optimis dapat menampung kehilangan berkenaan dengan menghapuskan rasuah sama sekali.

“Dari mana mereka dapat angka (RM20 bilion) tersebut? Nampaknya mereka sekadar petik angka RM20 bilion untuk membohong rakyat agar percaya dengan penghapusan GST tidak akan membawa menjejaskan ekonomi negara.

“Apa yang lebuh lucu adalah pembangkang akan menghapuskan 6% GST dan akan mengemabalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang merupakan dua kali ganda nilainya daripada GST,” ujarnya.

“Pakatan harus berhenti dengan dasar berbohong mereka dan kembali kepada realiti. Anda tidak boleh menguruskan negara tanpa sebarang peruntukan dan katakan peruntukan kamu daripada penjimatan adalah sebuah jenaka kerana anda memerlukan duit dahulu sebelum ingin menyimpan.

“Anda tidak boleh menyimpan dana jika anda tiada duit. Bahagian mana ‘sifar didarabkan dengan sifar bersamaan dengan sifar’ yang Pakatan tidak faham?” katanya lagi.
Loading...
Back To Top