Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

‘Yang ditangkap bukan pelajar Darul Quran’ – kakitangan


Seorang kakitangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hari ini menafikan laporan media bahawa pihak polis ada menangkap pelajar tahfiz berkenaan yang didakwa melarikan diri beberapa jam sebelum kejadian.
Beliau yang enggan dinamakan berkata, lelaki yang ditahan oleh polis awal hari ini adalah pencuri yang cuba memecah masuk premis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
“Tidak, yang ditangkap itu bukan budak sini. Yang ditangkap itu adalah
Loading...
orang sini yang didapati cuba mencuri di bangunan sebelah (PPIM).
“Saya ada baca laporan tadi, saya nafikan. Takkan kanak-kanak di sini jahat. Budak disini baik, tidak mencuri,” katanya mengulas  satu laporan akhbar mengenai polis sudah menahan seorang pelajar tahfiz berkenan.
Menurut laporan berkenaan, polis menahan seorang pelajar tahfiz berkenaan yang didapati menyelinap keluar daripada asrama beberapa jam sebelum kejadian malang itu berlaku.
Malah remaja berkenaan dibawa ke lokasi kejadian hari ini untuk proses mengumpul bukti.
Kami tidak kenal siapa budak itu. Kalau budak-budak tahfiz sini mesti polis sudah tanya saya,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
Loading...
Back To Top