KUALA LUMPUR: Presiden Amanah Mohamad Sabu antara individu yang disenaraikan untuk mewakili parti itu di Selangor dan bertanding pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim yang turut menyebut beberapa nama pemimpin lain dalam usaha mengukuhkan parti dan Pakatan Harapan (PH) terutamanya.
"Bagi tujuan meningkatkan kekuatan Amanah dan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, sukacita saya umumkan hari ini bahawa Amanah Selangor akan menurunkan nama-nama besar pimpian Nasional sebagai calon di parlimen dan DUN

Loading...
di Selangor.
"Antara mereka yang akan bertanding di Selangor ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Naib Presiden Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Strategi Dr Dzulkefli Ahmad, Ketua AWAN Nasional Dr Siti Mariah Mahmud, Hanipa Maidin dan mereka akan digandingkan dengan pimpinan Amanah Selangor yang laun termasuk Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin," katanya semasa ucaptama Konvensyen Amanah peringkat negeri Selangor pagi tadi.
Pengumuman itu seterusnya memperlihatkan keyakinan Amanah untuk bertanding di negeri pimpinan PKR yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ini dengan menyenaraikan nama-nama besar bagi parti itu.
Selasa lalu, dalam satu sidang media, PH memberitahu bahawa parti itu kini sudah selesai isu pembahagian 100 kerusi diperingkat Parlimen.
Ketua Setiausaha Sekretariatnya Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, rundingan agihan kerusi antara parti komponen PH kini memasuki fasa kedua, iaitu melibatkan kerusi diperingkat negeri.