Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Fitnah Jahat....Kalau tak bodoh bukan pembangkang namanya.


ANTARA 2 GAMBAR : APA YANG KAMU FITNAHKAN?

1. Saya dapat maklumat bahawa ada sebuah portal FB (Media Panas) telah menerbitkan sebuah post yang menggunakan gambar perkahwinan saya tanpa kebenaran apatah lagi mengekploitasi gambar tersebut untuk membawa persepsi buruk kepada kami.

2. Dalam gambar tersebut, YAB PM dan isteri duduk di tengah-tengah, manakala saya dan isteri di sisinya. Media Panas itu mahu menggambarkan Majlis Perkahwinan kami jadi tidak meriah kerana kami (pengantin) dipisahkan tempat duduk di hari bersejarah kami. Dan ia telah mengundangkan komen yang dangkal dan negatif daripada netizen yang melihat post tersebut tanpa mengetahui kisah sebenar.

3. Sebelum saya mengulas lanjut berkenaan gambar-1 berkenaan yang telah dieksploitasi itu, mari kita lihat gambar ke-2. Yang mana, DYMM Sultan Terengganu dan DYMM Sultanah Terengganu pula duduk di tengah-tengah, dan kami di sisinya. Tergamakkah anda mengatakan DYMM Sultan dan Sultanah yang mulia telah "memisahkan" pengantin di hari yang bersejarah itu dan menyebabkan majlis resepsi kami tidak meriah? Tergamakkah Media Panas?

4. Apa yang saya marah dengan Media Panas ini, adalah mereka telah MEMFITNAH bahawa majlis perkahwinan saya TIDAK MERIAH dan PENGANTIN BERSEDIH KERANA DIPISAHKAN TEMPAT DUDUK. Ini fitnah! (Dakwaan Tidak Meriah). Padahal yang sebenarnya saya dan isteri serta seluruh kaum keluarga begitu gembira dan bersyukur kerana majlis berkenaan dapat dihadiri oleh DYMM Sultan dan Sultanah Terengganu, YAB Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Pertahanan, YAB Menteri Besar Perak, beberapa
Loading...
YB Timbalan Menteri dan Wakil-Wakil Rakyat, Sahibus Samahah Mufti Negeri Terengganu dan ramai lagi. (Menjunjung kasih dan terima kasih buat semua hadirin yang hadir serta mendoakan kami.)

5. Saya sebagai pengantin dalam gambar itu pun tidak berkata apa-apa yang negatif, siapa Media Panas untuk mengulas bagi pihak saya?

6. Saya nak kongsikan satu lagi perkara menarik semasa Gambar-1 diambil oleh jurukamera. YAB DS Najib Razak ketika mengambil tempat di kerusi, beliau sendiri menolak untuk berada di tengah-tengah kerana mahu meraikan saya. Tetapi saya dan isteri dengan penuh rasa hormat, memohon YAB PM dan Isteri untuk duduk di tengah-tengah sebagai satu tanda penghormatan kami kepada pemimpin negara kita. Tambahan pula, memang VVIP kedudukannya di tengah-tengah ketika mengambil gambar. Saya akan ingat budi murni DS Najib itu sebagai sejarah hidup saya.

7. Sebenarnya, post ini sudah lama ada. Pada mulanya saya mengendahkan saja, kerana beranggapan ia isu remeh. Tak lama selepas itu, post ini dikitar semula, ramai kawan-kawan bertanya tentang soal ini dan saya telah mengambil tindakan melaporkan post ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia - MCMC, dan website Media Panas telah ditutup oleh SKMM kerana terbukti menyebar fitnah. (Rujuk Gambar-3).

8. Kesalnya, post ini naik lagi dan dikitar semula semalam. (Mungkin guna apps Instant Article, sebab website dah kena banned). Dan post ini juga telah ditularkan ke beberapa Group FB oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dan saya telah menulis komen dan menulis mesej kepada admin FB Media Panas tentang perkara sebenar dan minta untuk dipadamkan post ini, malangnya saya telah di-blocked oleh admin itu. Komen saya "hilang" di page itu.

9. Kepada sahabat-sahabat MedSos saya dan netizen yang lain, seandainya kalian menjumpai lagi post seperti ini di masa akan datang, maka terbuktilah orang itu suka menyebarkan fitnah. Dan SAYA AKAN MENGGUNAKAN SALURAN UNDANG-UNDANG KEPADA PIHAK-PIHAK YANG SENGAJA MENGGUNAKAN GAMBAR SAYA TANPA KEBENARAN SAYA UNTUK MEMBURUKKAN PEMIMPIN NEGARA.

10. Sekarang, Alhamdulillah kami pun sudah menerima cahaya mata berusia 7 bulan, dalam masa yang sama agak sedih gambar perkahwinan kami diperolok-olokkan oleh golongan jahat. Dan Terima Kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian kami sekeluarga. Semoga Allah SWT merahmati dan memelihara kita daripada berita yang TIDAK BENAR.

_
Hj Jamal Rafaie JJ
Kuala Selangor
10 September 2017
Loading...
Back To Top