Teori itu diperkuatkan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menampakkan kelibat seorang lelaki memanjat pagar pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum menyelusup ke pusat pengajian al-Quran itu, dua jam sebelum tragedi yang meragut 23 nyawa itu berlaku.
Loading...
Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, di sini.
Berita Harian
Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat, ini didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan.
Sumber berkata, pihak polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.
"Sejak pagi tadi, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.
"Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.
Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.
Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Datuk Keramat juga turut menghampiri pagar berkenaan dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlakunya pencerobohan.
Berita Harian
Loading...