Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jika terus ingkar, Rafizi mungkin dipecat

Biro Politik PKR dilaporkan sudah mengambil tindakan disiplin ke atas Naib presidennya, Rafizi Ramli yang sebelum ini tampil mendedahkan perbalahan dalaman parti itu kepada umum.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu hanya diberikan amaran keras secara lisan kerana kenyataannya yang disifatkan merosakkan reputasi PKR.

“Berdasarkan nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti hanya memberi amaran
Loading...
lisan kepada Rafizi ketika ini.

“Jika beliau terus berdegil, tiada orang boleh menjamin beliau tidak akan dipecat kelak,” kata sumber kepada Sin Chew Daily.

Pada 27 Ogos, Rafizi mengeluarkan kenyataan yang membantah rundingan PKR dengan PAS selain mendedahkan wujud kemelut serius di kalangan ahli Biro Politik PKR yang berlaku sejak Ketua Umum mereka dipenjarakan pada Februari 2015.

Kenyataan bekas Setiausaha Agung itu adalah susulan pengakuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali bahawa rundingan dengan PAS sedang berjalan, tetapi mendakwa dibuat berdasarkan keputusan parti untuk mengelak pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya umum.

Namun, pada Rabu lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan PAS.
Loading...
Back To Top