Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata tiada yang luar biasa mengenai kutipan cukai pendapatan melepasi pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam kenyataan hari ini, Timbalan Pengarah Eric See-To memberikan 3 senario yang boleh membawa kepada keadaan itu.
Senario pertama melibatkan peningkatan keuntungan perniagaan, kenaikan taraf pendapatan dan pertambahan pembayar cukai.
Mengambil Tenaga Nasional Berhad sebagai contoh, Eric berkata keuntungan sebelum cukai syarikat itu meningkat dari RM1.5 bilion pada 2009 kepada RM8.1 bilion pada 2016.
Keuntungan sebelum cukai Maybank pula meningkat dari RM1.7 bilion kepada RM8.5 bilion bagi tempoh yang sama.
“Taraf pendapatan rakyat Malaysia juga meningkat secara ketara bagi tempoh sama dan ini turut menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi,” katanya, dan menambah peningkatan taraf pendapatan itu menyaksikan lebih ramai individu menjadi pembayar cukai.
Senario kedua pula ialah pematuhan cukai yang meningkat, katanya.
Beliau menjelaskan penguatkuasaan yang lebih tegas serta perlaksanaan sistem GST mengalakkan syarikat yang sebelum ini

Loading...
tidak berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk “membayar cukai mereka dan melaporkan angka jualan dengan lebih jujur”.
Senario terakhir adalah cukai pendapatan dan korporat telah meningkat. Bagaimanapun, kata Eric, hakikatnya ia adalah sebaliknya.
“Sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri kewangan pada 2008, kadar cukai korporat yang tinggi telah turun daripada 27% pada 2007 kepada 24% manakala cukai bagi perusahaan kecil dan sederhana kini hanya 18%.
“Cukai pendapatan bagi mereka yang memperolehi pendapatan RM100,000 setahun dan di bawah kumpulan pembayar cukai turut turun daripada 28% kepada 21% bagi tempoh yang sama.
“Ketika GST dilaksanakan pada 2015, perubahan kepada sistem percukaian turut bermakna 300,000 keluarga memperolehi pendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan,” kata Eric.
Eric menjawab dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam, yang mendakwa kutipan cukai pendapatan tumbuh tidak seimbang berbanding pertumbuhan ekonomi negara.
Eric membidas tindakan Rafizi membandingkan pertumbuhan kutipan cukai di Malaysia sebanyak 11% pada 2010 dengan purata pertumbuhan kutipan cukai Australia sebanyak 5.3% bagi tempoh yang sama.
Eric berkata, Rafizi tidak mendedahkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Australia bagi tempoh itu adalah 2.7%, berbanding pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5% bagi tempoh yang sama.
“Itu menunjukkan kutipan cukai lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi bukan sesuatu yang luar biasa,” katanya.
Semalam, Rafizi berkata dari RM60.3 bilion pada 2010, kutipan cukai pendapatan dianggarkan mencecah RM112.3 bilion pada 2017, menurut data Perbendaharaan.
Beliau juga berkata kadar pertumbuhan tahunan longgokan (CAGR) dari 2010 hingga 2017 ialah 11%.
Rafizi juga mendakwa peningkatan kutipan cukai pendapatan itu kerana LHDN menjalankan audit secara agresif ke atas perniagaan yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan mengutip cukai dari orang mati.