Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jangan viral gambar, video mangsa kebakaran

Orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video mangsa rentung dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung pagi tadi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata semua pihak perlu menghormati perasaan keluarga mangsa yang sedang bersedih dengan tragedi
Loading...
itu.

"Saya juga minta orang ramai tidak mudah percaya derma kilat yang sedang tular di laman sosial sekarang ini.

"Kita tidak mahu pihak mahu ada pihak ambil kesempatan atas tragedi ini, orang ramai boleh hubungi pihak berkuasa memaklumkan sebarang viral berkenaan," katanya ketika meninjau pusat berkenaan sebentar tadi.

Asyraf menambah, pihaknya sedang membincangkan bersama pihak jabatan agama dan keluarga bagi urusan jenazah yang mungkin dikebumikan di satu liang Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Karak ataupun mengikut keluarga masing-masing.

"Urusan mandi, kapan dan solat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Kelihatan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali turut berada di lokasi tragedi.
Loading...
Back To Top