Kerajaan Persekutuan tidak pernah mempolitikkan agenda pembangunan negara demi kebaikan rakyat, kata Senator Dewan Negara, Datuk Fahariyah Md Nordin.
Menurut Fahariyah, ia jelas terbukti melalui projek pembinaan dan penambahbaikan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) termasuk di negeri Selangor yang diperintah oleh pembangkang.
"Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu mengenai kelulusan tambakan laut di Pulau Pinang.
"Rakyat khususnya di Pulau Pinang harus sedar mengapa Kerajaan Persekutuan sehingga kini masih tidak memberi kelulusan terhadap projek tersebut.
"Jika kelulusan diberi, ia akan mengakibatkan periuk nasi 1,800 orang nelayan terjejas teruk berikutan kesan projek tambakan laut

Loading...
tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Guan Eng bahawa satu-satunya cara untuk menjadikan projek tambakan laut menjadi kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru Pulau Pinang boleh mendapat kebenaran membina LRT.
Guan Eng berucap di majlis makan malam Sayagi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Bayan Baru baru-baru ini.
Tambah Fahariyah, kenyataan Guan Eng itu jelas mengelirukan rakyat memandangkan pembangkang kini sedang berusaha keras merosakkan minda rakyat bagi meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang sudah semakin hampir.
"Kenyataan kolot itu seolah-olah kerajaan persekutuan sengaja tidak mahu meluluskan projek tambak laut di negeri itu sekaligus mengganggu pelaksanaan pelan induk pengangkutan negeri itu yang turut melibatkan pembangunan laluan LRT.
"Kenyataan Guan Eng sangat tidak bertanggungjawab dan hanya bertujuan untuk memburukkan nama kerajaan pusat dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," ujarnya.
Untuk rekod, projek yang akan mewujudkan kawasan tambahan seluas 4,500 ekar melalui tiga pulau di laut mengadap Permatang Damar Laut dan Teluk Kumbar itu dibimbangi akan jejas mata pencarian 1,800 nelayan dan alam sekitar di situ.