Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DAPSY GESA AZMIN ROMBAK EXCO, BERI TEKANAN KEPADA PAS

Pemuda DAP (DAPSY) menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali supaya merombak barisan Exco negeri itu sebagai memberi tekanan kepada PAS.

Menurut Setiausaha DAPSY Selangor, Mohammad Firdaus Babh, tindakan tersebut perlu diambil sebagai tindak balas kepada keputusan PAS
Loading...
untuk bertanding 42 kerusi di Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang.

“Azmin perlu merombak Exco Selangor dengan menukar portfolio penting yang dipegang oleh PAS seperti Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar (Iskandar Samad) kepada portfolio seperti Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Ini boleh menjadi satu bentuk tekanan terhadap PAS,” kata Firdaus dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi pada 24 Ogos berkata parti itu juga mahu mengambil semula kerusi Parlimen Gombak yang dipegang oleh Azmin.

“Ia adalah wajib untuk mengembalikan kerusi Parlimen Gombak. Ia adalah kerusi tradisi PAS,” katanya seperti dilaporkan media.DAP
Loading...
Back To Top