Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

William Leong: Tindakan PKR pujuk PAS ranap impian Harapan

Bekas pimpinan kanan PKR melahirkan kebimbangan apabila partinya masih berada di takuk lama untuk terus memujuk PAS, namun parti Islam itu sudah bergerak ke depan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata tindakan parti itu dijangka mengecewakan rakyat sekaligus mampu meranapkan impian Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya.

Kenyataan yang dipetik daripada MalaysiaKini memperlihatkan bahawa beliau sendiri sudah tidak yakin dengan kepimpinan PKR.
Loading...
height="222" src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_v6oLwLX1bjzCu4VtSmCvSyLiq1nlBEqt6zp5w7pqwlVTPQmuCOmuhI0_OUMVYdWGkjeU94CALlUw=s0-d" width="400">
Berkemungkinan ramai lagi ahli parti serta pimpinan kanan yang tidak bersetuju dengan pendirian Presiden dan Timbalan untuk terus memujuk PAS.

Malah senario itu juga menjelaskan kepada umum bahawa pimpinan tertinggi parti serpihan UMNO itu sering membuat tindakan tanpa perbincangan yang mendapat persetujuan semua

Sementara itu, Leong yang baharu meletak jawatan sebagai ahli Biro Politik melihat rakyat dan pengundi tegar pembangkang akan sengsara sekiranya ia berlanjutan.

“Saya rasa ada bahayanya jika kita terus mengecewakan rakyat sehingga membuat mereka berfikir tiada bezanya sama ada mereka mengundi atau tidak.

“Sebagai sebuah parti politik, PAS sedang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, tetapi PKR tidak berbuat demikian kerana mahu terus memujuk parti Islam itu.

“Bayangkan anda mempunyai teman wanita yang mengatakan tidak. Berapa kali anda mahu teman wanita anda mengatakan tidak?” Soal bekas Bendahari PKR itu yang merujuk kepada PAS yang tidak inginkan lagi kerjasama dengan partinya.
Loading...
Back To Top