Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

UNTUNG RAFIZI, FITNAH & KUTIP DERMA, ADA BAKI MASUK POKET PENGARAH INVOKE – RM2.2 JUTA

Loading...
Pada 31 Oktober lalu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar RM200,000 sebagai gantirugi selepas kalah dalam saman fitnah yang difailkan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu memerintahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.

Mahkamah turut memerintahkan Rafizi membayar RM100,000 kepada kedua-dua plaintif.
Saman difailkan Mohamad Salleh pada 23 Jun 2013 mendakwa pada 7 Mac 2012, Rafizi yang ketika itu adalah pengarah strategik PKR, membuat kenyataan fitnah berkaitan pembelian sebuah hartanah melalui satu sidang media di ibupejabat PKR.

Peguam Mohamad Salleh kemudian menghantar notis tuntutan terhadap Rafizi untuk membuat pembayaran terhadap perintah mahkamah selepas kalah dalam saman fitnah bagi mengelak diisytihar muflis. Rafizi tahu, dia tak perlu mengeluarkan sesen pun dari poketnya.

SUMBER BACA KAT SINI
Loading...
Back To Top