Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tun M lempar batu, sembunyi tangan PPBM masih cuba menjadikan UMNO “kambing hitam”

kepada kekecohan forum #Everything2Hide walaupun semakin banyak bukti menunjukkan ia dirancang penganjur sendiri. Selain ingin mendapat keuntungan politik serta undi simpati, parti cap bunga itu jelas mahu menutup kelemahan Tun
Loading...
M menjawab soalan.

Presiden PAS Hadi Awang mengingatkan PPBM bahawa punca tercetusnya kekecohan apabila Tun M gagal memberi jawapan memuaskan terhadap peristiwa Memali. Tun M berlagak seperti “orang yang melempar batu dan menyembunyikan tangan” ketika mengulas sejarah hitam itu yang menyebabkan kemarahan anak-anak muda. PPBM sepatutnya menyalahkan diri sendiri, katanya.

Cubaan Tun M untuk menutup kesilapannya yang lepas sangat memualkan rakyat yang tidak akan terpedaya dengan lakonannya. Akhirnya termakbul sudah doa arwah Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS, yang memohon agar Tun M dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Loading...
Back To Top