Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

'Tauke besar' PH akan terus lagakan pemimpin UMNO

Loading...
Pakatan Harapan (PH) akan berterusan melaga-lagakan pemimpin UMNO dan menabur fitnah menerusi media sosial untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak mudah terperangkap dengan muslihat pakatan pembangkang yang didalangi oleh DAP.

"Ahli-ahli UMNO jangan mudah melatah, adakalanya fitnah itu sengaja dirancang oleh pembangkang bagi mencetuskan keadaan bercelaru dalam parti, ini taktik provokasi mereka.

"Pembangkang mereka pelbagai cerita berbau fitnah dan tohmohan bagi memburukkan imej pemimpin UMNO terutama membabitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Beliau membidas pembangkang yang sengaja membesar-besarkan fitnah menerusi laman-laman sosial kononnya berlaku keretakkan hubungan antara Najib dan Ahmad Zahid.
"Ini semua taktik licik pembangkang, mereka tidak ada isu relevan untuk mempengaruhi rakyat.

"Dalam kedaan terdesak sekarang ini, pembangkang akan mencipta pelbagai isu biarpun tidak munasabah untuk melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dan BN," tegasnya.

Beliau memberitahu, media sosial dijadikan alat terpenting pembangkang melancarkan fitnah dan perang saraf dalam usaha mereka menarik sokongan rakyat.

Syed Ali sekali lagi mengulangi ingatan beliau bahawa Pakatan Harapan yang menggabungkan parti PPBM, Amanah dan PKR hanya menjadi alat kepada DAP.

Oleh sebab itu katanya, memberi kemenangan kepada blok pembangkang bakal membawa musibah yang buruk kepada masa depan orang Melayu.

"DAP sejak dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah senang hati terhadap kebangkitan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sejarah tidak pernah berbohong apabila bekas pemimpin kanan DAP pernah menegaskan 'langkah mayat beliau dulu' sebelum Islam tegak di negara ini.

"Ini membuktikan DAP tidak pernah ikhlas terhadap usaha pembangunan negara bangsa di mana orang Melayu selaku penduduk majoriti," jelasnya.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO di setiap peringkat perlu lebih agresif menjelaskan kepada rakyat betapa DAP  menjadi 'tauke besar' kepada Pakatan Harapan.

Selaku taukeh besar katanya, DAP akan menggunakan amalan kuku besi bagi memastikan parti-parti serpihan pembangkang dalam Pakatan Harapan mengikut telunjuk mereka.

"Tauke besar itu tidak membawa sebarang keuntungan kepada semangat perpaduan dan pembangunan sosial rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Tidak ada sebab mengapa rakyat perlu memberi sokongan kepada parti PPBM, Amanah dan PKR yang hanya menjdi boneka DAP.

"Apabila ada yang sokong pakatan tersebut, samalah dengan mereka menyokong DAP," ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan turut menjelaskan, BN di negeri itu kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-14.

"UMNO Wilayah Persekutuan akan memastikan BN meraih kemenangan lebih cemerlang pada PRU akan datang dengan menawan semula beberapa kerusi yang dimenangi pembangkang.

"Berdasarkan prestasi politik semasa, BN mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak dan kemungkinan besar Parlimen Batu.

"Manakala UMNO (BN) akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa termasuk Labuan yang dimenanginya pada PRU ke-13," katanya.
Loading...
Back To Top