Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

SPRM Serbu Unisel....Kena Lah Redha Ler

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan di Universiti Selangor (Unisel) di Seksyen 7 di sini.

Seramai enam pegawai beruniform dari suruhanjaya itu tiba di kampus di sini pada
Loading...
pukul 9.50 pagi Selasa.

SPRM mengadakan serbuan di empat lagi pejabat Unisel, pejabat Mentri Besar Incorporated (MBI) dan Jana Niaga Sdn Bhd yang mempunyai kaitan dengan satu kes yang disiasat suruhanjaya itu.
Di KUALA LUMPUR, pasukan SPRM yang terdiri daripada empat pegawai tiba di pejabat Jana Niaga di Jalan 4/76C pada pukul 10.25 pagi.

Dipercayai SPRM menjalankan serbuan susulan laporan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan MBI berhubung isu membabitkan Unisel dan kontraktornya, Jana Niaga.
Dilaporkan Jana Niaga didakwa menerima pampasan dan kontrak baharu daripada Unisel, walaupun gagal menyelesaikan kontrak terdahulu.
Loading...
Back To Top