Loading...
Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil Mahathir, bekas perdana menteri keempat, Jamidan berkata:
"Kemudian, kemudian. Kita mungkin komen kemudian. Tiada masalah,” katanya.
Mahathir pada 2 Ogos mendakwa Zahid pada 1996 mengisytiharkan padanya memiliki sembilan angka dalam akaun bank dan memberi jawapan “kurang jelas” ketika ditanya sumbernya.
Mahathir membuat serangan itu selepas Zahid membangkitkan isu keturunan India Mahathir dengan mendakwa nama asal Pengerusi Pakatan Harapan itu adalah “Mahathir a/l Iskandar Kutyy”.
Loading...