Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Rupa-Rupanya SEMUA PM Malaysia berketurunan campuran


Akhbar Singapura, The Straits Times melaporkan semua perdana menteri Malaysia berketurunan campuran.
Menyusuli dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang kad pengenalan lama Tun Dr Mahathir Mohamad tertera “Mahathir a/l Iskandar Kutty”, laporan bertajuk “Malaysian PMs: Malay and more” (PM Malaysia: Campuran Melayu) itu menyenaraikan keturunan perdana menteri lain seperti berikut:
Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
“Bapanya raja Kedah ke-25 manakala ibunya kerabat Siam, menurut Bernama.”
Abdul Razak Hussein
Abdul Razak Hussein
Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976)
“Berasal dari salah seorang bangsawan tertinggi Pahang. Menurut sejarawan William Linehan, para bangsawan mempunyai keturunan menerusi garis keturunan sebelah ibu dari ketua Bugis, To’ Tuan.”
Hussein Onn
Hussein Onn
Tun Hussein Onn (1976-1981)
Loading...
Arial; line-height: 1.5 !important; margin-top: 15px; padding-left: 0px;">“Anak pengasas Umno Datuk Sir Onn Ja’afar. Sebuah buku yang ditulis Leon Comber menyatakan neneknya seorang Sirkasia, satu kumpulan etnik yang kebanyakannya kini menetap di Turki.”
Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
“Bapanya Melayu Pulau Pinang yang mempunyai nenek moyang dari Kerala, India.”
Abdullah Ahmad Badawi
Abdullah Ahmad Badawi
Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
Berdarah Hadrami, menurut buku yang dicetak Utusan Publications. Hadrami sebuah kawasan yang diperintah seorang sheikh di Yemen. The Star sebelum ini melaporkan datuk sebelah ibunya seorang Hainan Islam.”
Najib Razak
Najib Razak
Datuk Seri Najib Razak (2009- current)
“Menurut Utusan Malaysia, anak keapda perdana menteri kedua itu juga berketurunan Bugis dari sebelah ibunya, yang mana nenek moyangnya seorang ketua Bugis di Johor.”
Ahad lepas, dalam ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Kelana Jaya, Zahid mendakwa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Yazid Ramli memberikan maklumat mengenai kad pengenalan Dr Mahathir.
Zahid berkata Dr Mahathir “memperjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan Melayu”.
Loading...
Back To Top