Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

RASUAH ZAHID MD ARIP RM 10 JUTA PEMBELIAN HOTEL MERDEKA PALACE KUCHING!

1. Selepas Zahid Md Arip Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi PPBM ditahan SPRM kerana kes rasuah Mahathir mengesahkan itu adalah 'orangnya' dalam PPBM. Mahathir berkata PPBM akan mengambil langkah-langkah melindungi kepentingan Zahid Md Arip kerana beliau tidak percaya Zahid Md Arip terlibat!.

2. Sayangnya mengikut sumber, Zahid Md Arip yang ditangkap SPRM 1 Ogos lalu hampir pasti didakwa kerana siasatan menunjukkan Zahid Md Arip terlibat dengan rasuah pembelian Hotel Merdeka Palace & Suites oleh
Loading...
Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) tahun 2014 melibatkan rasuah sejumlah hampir RM10 juta.

3. Zahid Md Arip adalah antara Pegawai Khas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad yang suatu ketika terkenal dengan rasuah dan meminta komisennya. Sebut nama Zahid Md Arip semua warga kerja Felda kenal sehinggalah beliau disingkirkan kerana menipu sijil kelayakan akademiknya. Selepas sudah tiada jawatan Zahid Md Arip yang juga Mursyidul Am NGO TIBAI mula menyerang kerajaan dan PM Najib.

4. Selepas SPRM menyiasat pembelian hotel mewah bernilai RM330 juta di Kensington, London, SPRM mula menyiasat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites hotel bertaraf empat bintang di Kuching.

5. Sumber berkata pemeriksaan mendedahkan bahawa harga pasaran Hotel Merdeka Palace & Suites di Jalan Tun Abang Haji Openg ialah RM110 juta namun telah dijual kepada FIC RM160 juta terlebih bayar RM50 juta.
Loading...
Back To Top