Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Rakyat Johor jemu dengan perangai ADUN-ADUN DAP

Loading...
Pakatan pembangkang di Johor sudah ketandusan idea dan dengan jelas memperlihatkan bahawa mereka sudah buntu di dalam meraih sokongan rakyat di negeri ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim.

Hahasrin merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi daripada DAP yang mendakwa Menteri Besar Johor seolah-olah menafikan kewujudan Pakatan Harapan di dalam dan luar Dewan Undangan Negeri.

Menurut Hahasrin, kenyataan ADUN Senai dari parti yang cukup terkenal dengan sikap semberono dan acuh tidak acuh dengan permasalahan sebenar rakyat itu ibarat meludah ke langit yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

“Suka untuk saya kongsikan kepada ADUN Senai bahawa Pakatan Harapan bukanlah sebuah parti politik yang telah berdaftar secara rasmi sepertimana Barisan Nasional (BN) yang jelas mempunyai struktur kepimpinan yang jelas dan juga polisi dan ‘track record’ pencapaian yang telah berjaya mengubah nasib rakyat Malaysia.

“Sebaliknya bagi Pakatan Harapan, ia mengambil masa yang terlalu lama hanya untuk memutuskan struktur kepimpinan parti tersebut dan akhirnya mereka terpaksa mereka-reka pelbagai gelaran nama jawatan semata-mata untuk memuaskan hati pimpinan utama Pakatan Harapan.

“Ia ibarat suatu ulang tayang terhadap kepincangan yang telah berlaku kepada Pakatan Rakyat sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hahasrin berkata, ADUN Senai itu juga dilihat bersungguh-sungguh cuba menyakinkan rakyat Johor bahawa kononnya polisi di negeri ink adalah diciplak daripada idea pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, contohnya pelaksanaan bas percuma.

Tambahnya, ia bukan kali pertama sekali ADUN Senai begitu marah dan mengkritik perkhidmatan bas percuma di Johor yang dipercayai punca utama kemarahan itu disebabkan perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja dan tidak kepada warga asing.

“Wong Shu Qi perlu tahu bahawa segala dasar dan inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah didasari dengan Pelan Suara Hati yang dikonstruk berlandaskan permintaan serta hasrat rakyat Johor sendiri.

“Secara jujurnya saya sudah mula muak dan mual dengan perangai yang ditunjukkan oleh adun-adun pembangkang di Johor ini terutamanya DAP yang tidak habis-habis dengan perangai tidak matang dan kebudak-budakan.

“Laungan retorik politik kebudak-budakan inilah yang membuatkan rakyat Negeri Johor jemu dengan kolasi pembangkang. Belum pernah mencadang kepada kemajuan negeri sudah sibuk untuk merebut kerusi untuk mentadbir,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan kepada pihak pembangkang berhenti berperangai lembu punya susu, sapi yang dapat nama, yang jelas tidak akan sesekali menguntungkan rakyat.

Tambahnya, adalah lebih baik ADUN Senai memberi fokus kepada politik khidmat bakti, lawatlah kawasan yang telah lama ditinggalkan dan berharap kenyataan dibuat di masa akan datang lebih bijak dan bernas.
Loading...
Back To Top