Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sebut nama sesiapa semasa ketika buka cerita mengenai seorang bekas pemimpin yang kerap balik ke Kuala Lumpur semasa dia berkuasa dulu.
Perdana Menteri membangkitkan hal ini semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sik,Kedah pagi Sabtu.
“Yaaa…betul”…itulah reaksi yang kedengaran bergema dikalangan hadirin dalam dewan waktu itu.
Mungkin orang luar tidak dapat tangkap sangat cerita ini.Namun orang politik di Kedah khususnya kalangan Ketua-ketua UMNO Bahagian di negeri itu cukup faham gelagat siapa yang Najib sentuh itu.
Beliau jelas sekali merujuk kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang ada orang politik Kedah gelar sebagai “Menteri Besar Kuala Lumpur” kerana kerap sangat berulang alik Alor Star-Kuala Lumpur untuk balik rumahnya di ibunegara semasa jadi Menteri Besar Kedah dulu.
Bukan setakat itu malah keluarganya pun tidak menetap di Alor Star.
Gelagat berkenaan dikatakan mencetuskan rungutan dikalangan orang politik susah buat temujanji dengannya dan banyak program sangkut.
Ini jauh berbeza dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri lain yang duduk menetap bersama keluarga di negeri mereka tabir.
Mukhriz kini adalah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan.
Najib menyentuh gelagat itu ketika mengingatkan rakyat agar menilai seseorang pemimpin itu ketika dia berkuasa.
Katanya orang yang hendak dinilai ini bukan sewaktu dia jadi pembangkang.
“Kita mesti menilai seorang itu waktu dia ada kuasa.Jangan waktu dia tidak ada jawatan,atau sudah kena buang atau sudah masuk pembangkang…dia nak janji macam-macam pula hari ini.
“Waktu dia ada kuasa apa dia buat…ada waktu masa ada kuasa hari minggu dia balik Kuala Lumpur…hari Khamis balik Kuala Lumpur…hari Jumaat balik Kuala Lumpur...hari Ahad mai

Loading...
balik…London pun pi selalu..
“Macam mana…saya pernah jadi Menteri Besar…hari minggulah kita jumpa rakyat…nak tahu susah keluh kesah…penderitaan rakyat..penderitaan orang kampong..orang yang menorak getah..pesawah dan lain-lain.
Kata Perdana Menteri orang politik mana ada waktu rehat.
Menurutnya lepas ke Sik beliau kena ke Balik Pulau,Pulau Pinang rasmi mesyuarat perwakilan situ dan hari Ahad ke bahagianya di Pekan,Pahang pula.
“Sampai orang rumah saya komplen…jarang jumpa sikit masa…kita ini wakil rakyat kena buat kerja.
Atas sebab itu Najib meminta rakyat tidak mudah termakan hasutan kononnya hendak selamatkan Malaysia dan nak tukar kerajaan.
Katanya ditengah pelbagai perkembangan yang baik dalam negara…nak selamatkan Malaysai dari apa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Star yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah pada 5 Ogos lalu juga turut menyentuh mengenai isu berkenaan tanpa sebut nama Mukhriz.
Katanya ia adalah satu hal yang serius dari sudut kredibiliti politik seorang pemimpin yang sepatutnya sedia berkhidmat dalam apa keadaan.
Zahid secara berkias berkata, ‘tanya Ketua-Ketua UMNO Bahagian …saya ada saham yang boleh minta dividen dari Datuk Ahmad Bashah…beliau sebagai Menteri Besar Kedah, saya ada saham…kawan-kawan Ketua UMNO Bahagian tahu…Datuk Ahmad Bashah tahu..”
Timbalan Perdana Menteri lantas mengimbas kisah pertemuan yang diadakan di rumahnya dengan Ahmad Bashah dan Ketua-ketua UMNO Bahagian Kedah lain membincangkan mengenai gelagat Mukhriz yang tidak wajar itu.
“Kawan-kawan berunding dengan saya minta pandangan…lagu mana (macam mana) Menteri Besar yang ada dulu tu ( rujuk pada isu Mukhriz sebagai Menteri Besar tidak tinggal menetap di Alor Star).
“Bukan nak sentuh peribadi...( tetapi) Menteri Besar mesti duduk di negeri itu…bukan duduk tempat lain…mesti ambil kepedulian masalah masyarakat di negeri itu.
“Tidak ada sejarah Menteri Besar atau Ketua Menteri yang tidak duduk di negeri itu...tidak berumah tangga di situ…tidak ada…kecuali seorang saja (Mukhriz) dalam sejarah politik Malaysia.
‘Itu pun rakyat Kedah boleh terima…itupun rakyat Kedah boleh bertoleransi…tetapi janganlah ulangi kesilapan itu,”katanya.