Loading...
Petani ini sangka yang ditemui di bangsalnya adalah anak-anak kucing biasa. Rupa-rupanya...tak sangka betul!!
Seorang petani di Rusia menemui 4 ekor anak kucing yang tidak beribu dan belum buka mata di bangsalnya. Difikirkannya anak-anak kucing baka biasa. Apabila diteliti betul-betul terdapat kelainan pada anak-anak kucing itu dari segi rupa, bulu dan fizikalnya. Memikirkan anak-anak kucing itu perlukan bantuan untuk terus hidup, dia menghubungi jabatan pelindungan haiwan dan alam semula jadi untuk membantunya.
Rupa-rupanya anak kucing itu adalah dari baka yang sangat jarang ditemui iaitu kucing pallas atau manul. Kucing manul atau pallas adalah kucing liar yang lazimnya ditemui di benua Asia Tengah dan spesies yang hampir pupus. Ini adalah kerana aktiviti pemburuan haram yang memburu kucing ini kerana bulunya. Sedih betul, kan?
Pihak Jabatan Perlindungan Haiwan Liar, mencarikan anak-anak kucing itu ibu tumpang dan mereka berjaya hidup. Bagaimanapun anak-anak kucing ini didapati tidak sesuai hidup bersama manusia untuk menjadi binatang peliharaan kerana ianya adalah spesies kucing liar.
Apabila 2 dari anak kucing itu mati akibat penyakit Toxoplasma, Jabatan itu bertindak melepaskan 2 lagi anak kucing yang hidup ke dalam hutan supaya mereka bisa hidup dengan selesa dengan habitat mereka. Malangnya kucing2 ini tidak boleh sesuaikan diri. Mereka menjadi terlalu kurus kerana tidak cukup makan menyebabkan kolar yang mempunyai alat pengesan yang diletakkan di leher mereka jatuh dan hilang. Ini menyebabkan Jabatan Haiwan tidak dapat mengetahui perkembangan kucing-kucing itu di hutan.
Jabatan haiwan akhirnya menemui kucing-kucing ini semula dan menempatkan kucing2 ini di pusat jagaan kucing buat sementara waktu. Memikirkan kucing2 ini tidak boleh hidup di hutan pada musim winter, Jabatan Haiwan menunggu untuk melepaskan mereka pada musim spring. Dan kali ini mereka berjaya. Kucing-kucing manul itu dapat menyesuaikan diri dan hidup aman di dalam habitat semulajadinya.

Mujurlah petani itu manusia yang bertanggungjawab. Jika dijualnya anak-anak kucing itu kepada pembiak kucing pasti dia mendapat duit yang banyak. Kucing baka ini mungkin baka yang termahal jika berjaya dibiakkan. Bagaimanapun kucing pallas atau manul bukan jenis kucing yang boleh hidup dalam persekitaran manusia. Mereka adalah karnivor liar dan cenderung boleh mencederakan manusia.
Tengok video anak-anak kucing manul semasa berusia 5 minggu si bawah ini ...comel sangat.
Loading...