Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pencipta sebenar dan penyanyi asal lagu Tanggal 31 (Lagu Kemerdekaan)


Sempena bulan kemerdekaan ni, sajelah nak share info dengan korang pasal lagu "Tanggal 31" yg Allahyarham Sudirman nyanyikan tu,mungkin ramai yg dah tahu, dan ramai gak yg tak tau, so memandangkan aku pon tengah free ni, aku share lah sikit info dengan korang yg tak tau pasal lagu ni
Pada suatu hari ketika beburung berkicauan riang, anak dara berkemban ditepi sungai, udara bau petai, semasa di Batam dalam perjalanan di atas sampan untuk membuat persembahan bangsawan di singapura, lahirlah ilham untuk mencipta lagu Tanggal 31, diatas sampan, Ya! disitulah bermulanya cetusan idea dan rangka lagu tersebut, cetusan idea oleh Allahyarham Ahmad CB penyanyi lama tahun 60/70an.Arwah dilahirkan di Medan, Indonesia, yup bukan #doneclaim tapi kenyataan. LOL.Dia membesar dan cari makan kat malaysia dan singapura.

Kira dahsyat gak la arwah Sudir, sebab masa arwah mintak S.Atan rakamkan balik lagu ni masa tahun 1982 lagu ni tak popular pon, takde orang tau pon, nampak tak pemikiran arwah macam mana, genius kan, dia ada visi pada satu2 karya yg dia rasa berkualiti, macam kurt cobain nyanyikan lagu2 Meat Puppets, Lake of Fire, Oh Me, Plateau, Man Who Sold The World (David Bowie) semua tu, padahal sebelumnya takde sapa
Loading...
pon nak layan lagu2 tu (kecuali orang2 yg ada taste muzik yg tinggi, kacak dan hebat mcm aku ni) tak dinafikan jugak sebab karisma yg diorang ada membuatkan karya2 ni terus jadi popular lepas depa nyanyi.

Original lagu ni sebenarya berentak march dan agak slow, then S. Atan mengePOPkan dan merancakkan dia menjadikan lagu tanggal 31 yg macam kita dengar sekarang ni, ituje la aku nak citer.

Nak diikutkan Arwah Ahmad C.B ni panjang umur jugak, sebab dia meninggal pun umur 90 lebih camtu, 1906/07-1997 meninggal dekat Medan
Alfatihah untuk Allahyarham Ahmad C.B dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.


Photo dari Harian Metro: Arwah Ahmad C.B berdiri disebelah kanan, memakai songkok

Kredit: Mohd Firdaus Hassan
 
Loading...
Back To Top