Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PAS DAKWA AZMIN HANYA BERANGAN MAT JENIN!!!

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hairan bagaimana spekulasi yang mengatakan bahawa partinya akan mengadakan rundingan dengan PKR bertebaran sejak akhir-akhir ini.

Beliau kemudiannya mengesahkan PAS tidak pernah mengadakan sebarang usaha untuk mewujudkan kerjasama sekali lagi dengan PKR selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu terbatal pada Mei lalu.

"Sebarang isu mengenai operasi, perjalanan pilihan raya, sayalah orangnya (bertanggungjawab).
"Jika
Loading...
adalah sebarang perundingan tentulah saya orang pertama parti yang tahu. Ini bagaimana saya yang tak tahu ada perundingan? Saya mengesahkan tidak ada sebarang perundingan," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Difahamkan PKR menerusi Timbalan Presidennya mendakwa bahawa partinya masih berusaha berbincang dan memujuk PAS bagi megembalikan kerjasama politik menjelang PRU - 14 kelak.

"Beliau (Wan Azizah) kata tak tolak kerjasama, itu kena tanya dengan Wan Azizah apa yang dimaksudkan dengan tidak menolak kemungkinan itu.
"(Juga) Kena tanya Azmin, mungkin beliau ada cubaan tersendiri yang perlu dapatkan kelulusan PKR.
"Pada saya, takkanlah PKR hendak berunding dengan PAS, sedangkan Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) pun ada buat kenyataan bahawa sokongan PAS semakin mengecil, seolah-olah tidak lagi relevan, berdasarkan kajian yang dilakukan Invoke," jawab bekas Setiausaha Sulit Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu lagi.
Loading...
Back To Top