Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB

Loading...

Pendirian Pas tegas bahawa isu hutang dan aliran wang 1MDB ini adalah suatu yang mesti disiasat secara telus dan menyeluruh bagi menghukum semua individu atau pihak yang disabit salah.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ketegasan parti itu berlandaskan kepada tidak perlu campur tangan asing atau politik dalam menangani isu ini.

"Pas konsisten menggesa dan mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu ini secara bebas dan berwibawa.

"Hutang 1MDB ini mesti diselesaikan dengan cepat dan wajar supaya pesalahnya segera dihukum," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Namun begitu, beliau menjelaskan Pelan Rasionalisasi 1MDB perlu diberi peluang untuk dijayakan tanpa sebarang campur tangan politik.

Ujar Nasrudin, meskipun berdepan pelbagai kritikan, sekurang-kurangnya itulah pelan yang ada dan sedang berjalan bagi mengawal kerosakan telah berlaku.

“Pelan penyelesaian ini wajar, dan menjadi tanggungjawab semua bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan pelan ini sentiasa ditambah baik melalui kuasa semak dan imbang yang kita miliki,” katanya.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja mahu agar tidak wujud lagi pemimpin melakukan mungkar, bahkan amat mengalu-alukan perubahan sistem agar ruang dan peluang melakukan jenayah juga tertutup rapat.

Katanya, ia penting bagi mengenal pasti dan mengesahkan wujud salah laku yang didakwa, justeru dapat dihukum semua individu atau pihak yang disabit salah.

"Inilah cara Pas dan ia adalah lebih selamat untuk semua, negara dan rakyat. Jika berterusan menyalahkan pihak lain, ia tidak dapat menyelesaikan masalah," katanya.
Loading...
Back To Top