Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mahathir Tiru Cara Anwar, Guna Peguam Elak Prosiding Undang-Undang

Loading...
Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad sekali lagi meniru gaya bekas Timbalannya, Anwar Ibrahim dalam usaha mengelak prosiding rasmi undang-undang demi menyelamatkan diri dan kesalahan diri sendiri terbongkar.

Rakyat kini keliru, siapa sebenarnya mentor kepada siapa? Adakah Anwar mentor Mahathir, atau Mahathir yang menjadi mentor Anwar sebenarnya.

Dulu, Mahathir anti gerakan reformasi yang didalangi Anwar pada tahun 1998. Macam-macam Mahathir kata menidakkan proses tunjuk perasaan dalam perhimpunan haram sehingga terjadinya rusuhan ketika itu.

Tapi selepas munculnya perhimpunan haram Bersih, Mahathir pun ‘join’ sekali sama-sama mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara yang tidak betul. Mahathir kata, perhimpunan adalah satu cara untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak adil, padahal sebelum ini beliau cukup benci dengan tunjuk perasaan.

Kini, Mahathir tiru cara Anwar dengan menggunakan peguam membuat pelbagai permohonan untuk menghentikan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang skandal mata wang asing (Forex) yang ditubuhkan untuk menyiasat punca dan siapa dalang penyebab Bank Negara Malaysia (BNM) rugi berbilion ringgit.

Menurut pihak BNM, negara kerugian kira-kira RM30 bilion ketika itu tetapi hasil siasatan Pasukan Petugas Khas (PPK), kerugian sebenar disyaki lebih banyak dari apa yang dilaporkan.

Sebelum ini, Mahathir membuat permohonan melalui peguamnya untuk mendesak dua anggota RCI berkenaan menarik diri tetapi Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu.

Kalau Anwar dulu masa kes liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, ada 69 kali penangguhan berlaku dek kerana permohonan Anwar mahu mengetepikan hakim dan juga permohonan untuk mengetepikan tuduhan berkenaan.

Sebelum ini, Mahathir ada berkata beliau sedia disiasat dalam apa-apa dakwaan berkaitan beliau ketika menjadi Perdana Menteri tetapi kini bila RCI hendak mula siasat, macam-macam helah Mahathir guna.

Kini, mahkamah sudah tolak permohonan beliau untuk tangguhkan prosiding, jadi ia akan tetap bermula hari Isnin ini. – pru14.tv
Loading...
Back To Top