Loading...
Anak patung mainan yang yang di perbuat daripada kain dan yang di sumbatkan dengan kapas amat mudah memerangkap debu, habuk dan seterusnya menyebabkan kuman membiak. Jangan pandang remeh kebersihan patung mainan anak anda kerana ia boleh mendatangkan penyakit khususnya alergi. Pembersihan anak patung yang berisi kapas sebenarnya boleh menjadi rumit dan perlu cara yang betul dan praktikal.
Berikut beberapa cara membasuh patung mainan anak berasaskan kapas. Jom kita cuba.
# BASUH DENGAN CUKA.
Di dalam tub mandi atau besen yang sesuai, masukkan air suam dan 1/2 cawan cuka putih. Rendamkan anak patung selama 1 jam. Setelah itu, keluarkan dan perah airnya. Rendamkan sekali lagi di dalam air sabun selama 30 minit. Setelah selesai, jemur di bawah pancaran matahari. Anak patung akan bersih dan harum.
# NYAHKAN BAU DENGAN BAKING SODA
Untuk menghilangkan bau busuk dan kotoran pada permukaan anak patung, gunakan baking soda. Masukkan anak patung bersama baking soda di dalam bekas plastik bertutup (ziplock) dan goncangkan plastik tersebut. Jika mahu sedikit haruman, titiskan sedikit minyak lavender atau minyak tea tree bersama baking soda tadi. Pastikan anak patung tersebut telah di selaputi dengan baking soda secara menyeluruh. Biarkan selama 30 minit. Keluarkan ia dari plastik dan lapkan baking soda pada anak patung tersebut dengan tuala. Baking soda tersebut boleh menyerap bau dan debu dari patung mainan tersebut.
Tips 👉 : Jika anda membasuh anak patung anda dengan menggunakan mesin basuh, masukkan anak patung tersebut di dalam laundry net yang kukuh ataupun mesh bag untuk menghalang anak patung anda dari koyak, haus dan hilang bentuk.
Semoga bermanfaat dan Selamat mencuba!
Foto : Sumber internet
Foto : Sumber internet
Loading...