Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengakui kesilapan dalam mengendalikan isu kilang pemprosesan habuk kayu yang beroperasi secara haram atas tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti, sejak 10 tahun lalu.
Jurucakap Biro Tanah dan Anti Rasuah GERAKAN negeri, H’ng Khoon Leng, berkata ia kerana pentadbiran kerajaan negeri terdahulu yang dinaungi Barisan Nasional (BN) sudah pun mengemukakan beberapa tindakan awal untuk menutup kilang terbabit.
Bagaimanapun, katanya, tindakan awal yang dirangka BN untuk menutup kilang terbabit tidak berjaya diteruskan selepas gagal mengekalkan kuasa pada Pilihan

Loading...
Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
“BN sudah menerima aduan mengenai kilang terbabit sejak hujung tahun 2007, sekali gus merangka tindakan bersepadu membabitkan beberapa pihak berkaitan, termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Rancangan mengenainya juga sudah didokumenkan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan pada 2008, bagaimanapun gagal diteruskan selepas kalah pada PRU-12.
“Justeru, persoalannya di sini, mengapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak meneruskan pelan tindakan penguatkuasaan berkenaan, sebaliknya menuding jari kepada BN? Adakah mereka hanya berminat untuk berpolitik dan mengalihkan isu?” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyalahkan BN kerana gagal menyelesaikan isu kilang haram di Sungai Lembu, Penanti.
Siasatan terhadap kes kilang haram terbabit kini dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyaksikan seorang EXCO kerajaan negeri dan dua pengurusan kilang terbabit ditahan untuk membantu siasatan.