Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KEMENANGAN BN PADA PRU14 AMAT PENTING DEMI MASA DEPAN MELAYU – BEKAS MB KEDAH

Loading...
Kemenangan UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti cukup penting dalam menentukan untung nasib dan mengekalkan kuasa politik orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff berkata, andainya UMNO hilang kuasa, adalah sukar untuk dipertahankan hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan bumiputera.

“Kita akan terus ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana perbuatan kita sendiri jika tidak memberi sokongan dan kepercayaan kepada UMNO untuk memerintah,” kata Osman yang menerajui pentadbiran negeri ini pada selama 11 tahun.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu dan ADUN Jitra melahirkan kecewaaan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersama pembangkang untu menghancurkan UMNO.

Dr. Mahathir juga adalah bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu. Osman menyerahkan jawatan Ketua UMNO bahagian kepada Dr. Mahathir selepas dilantik Perdana Menteri.

Tindakan Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO menentang kepimpinan dan menyertai pembangkang telah mewujudkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang akhirnya merugikan bangsanya sendiri, kata Osman lagi.

“Saya sanjung jasanya (Dr Mahathir) selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan berjuang bersama UMNO, tetapi kejayaan beliau membangunkan negara ini juga atas sokongan kita kerana kita yang di bawah ini tentukan siapa pemimpin, ” kata Osman.

Beliau amat sedih apabila Dr. Mahathir yang disanjung dulu kini menentang UMNO sedangkan semasa beliau memimpin UMNO sering mengingatkan agar jangan tinggalkan parti keramat walaupun pun yang terjadi kerana hanya UMNO tempat orang Melayu bergantung.

Menurut beliau lagi , oleh kerana UMNO kini cuba dipecahkan oleh bekas pemimpinnya dan parti pembangkang yang lain, beliau menggesa kesemua anggota UMNO bangkit bersatu hati dan berdiri teguh bersama kepimpinan parti.

Ini bagi mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan menentukan hak-hak keistimewaan terus terjamin, kata Osman lagi yang menyuarakan kebimbangan melihat perpecahan orang Melayu keranan terpengaruh dengan propaganda politik pembangkang yang disebarkar menerusi media sosial.

Veteran UMNO itu mengingatkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis Jom Makan Durian di Kampung Lahar, Mukim Malau di sini yang turut dihadiri anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra Datuk Aminuddin Omar dan juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Insan negeri.- Kedahnews.com
Loading...
Back To Top