KOTA BHARU - Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa menolak dakwaan parti Bersatu berhubung kekecohan ketika program Nothing To Hide 2.0 berpunca dari perancangan Umno.
Ketua Penerangan Wanita Umno Kelantan, Zarina Md Eusope berkata, berdasarkan pengalaman bekasPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengalaman politik yang luas, sudah tentu Tun Mahathir dapat menduga apabila menganjurkan forum terbuka seumpama itu.
“Seolah-olah ada agenda, saya berpendapat bagi kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditimbulkan pada malam itu, ia berlaku pada zaman Tun Mahathir , di mana Anwar hanya dikenakan caj salah guna kuasa.
“Manakala pada pemerintahan Datuk Seri Najib pula, Anwar di caj atas kesalahan liwat dan kes Memali yang masih belum lagi selesai

Loading...
itu ada kaitan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.
“Kalau kita amati lebih jauh, saya percaya kejadian kekecohan di program Nothing To Hide 2.0 itu adalah perancangan tersusun Tun Mahathir sendiri untuk memastikan rakyat terus bercakap mengenai kes liwat Anwar, manakala kes Memali pula dilihat boleh memecahkan lagi hubungan antara Umno dan Pas yang kini sedang dibina atas hasrat untuk memartabatkan Melayu dan Islam,” katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian lempar kasut, baling kerusi dan suar pada program Nothing To Hide 2.0 anjuran Bersatu sebelum ini.
Zarina yang juga Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa berkata, perkara itu berlaku kerana keegoan sendiri, sibuk dengan kuasa tanpa memikirkan nasib bangsa dan agama dan mengajak mana-mana parti, tidak kira Umno, Bersatu atau Pas berfikir sejenak dengan apa yang berlaku.
“Dakwaan yang diajukan kepada Umno bahawa apa yang berlaku dalam program itu dengan kekecohan berlaku itu adalah perancangan Umno adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Beliau berpendapat dalam situasi politik hari ini, tidak sepatutnya Tun Mahathir menganjurkan forum sebegitu kerana sudah tentu akan menimbulkan huru-hara.