Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

'Jutaan wang rakyat Johor boleh diselamatkan'.....Kata Salahuddin Ayub....Inilah Wayang Politik PH

Kerajaan Penang dan Selangor BERSIH Sangat kah?BEBAS RASUH...?Cakap tak serupa bikin inilah jadinya.

SHAH ALAM – Puluhan juta wang rakyat Johor boleh diselamatkan jika budaya amanah dan akauntabiliti benar-benar diamalkan di setiap peringkat pentadbiran negeri.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2016 siri 1 bagi negeri Johor mendedahkan pelbagai kelemahan tadbir urus dan penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Johor.

“Saya yakin setelah meneliti kedudukan Johor dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 bagi siri 1 dalam seksyen Pengurusan Aktiviti/Kewangan/Jabatan/Agensi dan pengurusan Syarikat Kerajaan.

“Audit secara khusus dan keras menegaskan bahawa negeri Johor berhadapan dengan kelemahan pematuhan prosedur serta dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan projek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, antara contoh wang kerajaan negeri tidak diselenggarakan dengan baik adalah dengan amalan tender bagi sesetengah projek.

“Contohnya perolehan melebihi RM0.5 juta bagi 2015 dan 2016 di Majlis Daerah Kota Tinggi, tidak dijalankan secara tender terbuka, malah proses perolehan dipecah-pecahkan juga dilaksanakan dengan kos berjumlah RM4.17 juta, keseluruhannya.

“Ini menyebabkan kos meningkat,
Loading...
sekali gus mewujudkan budaya kronisme. Audit juga mendapati lima perolehan di beberapa pihak berkuasa tempatan yang melibatkan kos RM0.90 juta masih belum digunakan dan terbiar,” katanya.

Jelasnya, audit juga melaporkan pemasangan tiang bendera yang dilaksanakan secara rundingan terus juga dibazirkan dan dipasang bendera manakala peralatan gimnasium dibeli pada 2015 masih tersimpan dalam kotak serta tidak diagihkan.

“Negeri Johor berhadapan dengan kualiti kerja yang tidak memuaskan dan kelewatan.

“Kesan daripada ini akan menyebabkan kos projek meningkat, rakyat terkesan akan kelewatan menerima servis, sekali gus menjejaskan kualiti perkhidmatan bakal diterima, sedangkan mereka adalah pembayar cukai, cukai yang dibayar tidak setimpal berdasarkan apa yang mereka dapat,” katanya.

Menurutnya, terdapat penipuan di mana kontraktor sama tetapi mempunyai nama syarikat berbeza-beza demi membolot perolehan ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

“Audit menyatakan ‘pemilihan kontraktor adalah tidak memuaskan kerana pemilihan kontraktor di MDP tidak mengikut kriteria ditetapkan. Harga kontraktor yang sama bagi setiap item.

“Laporan Ketua Audit juga memberikan amaran keras supaya setiap perolehan atau projek tidak lagi dilakukan tanpa melalui tender terbuka serta mestilah memenuhi kriteria ketat.

“Malah, tiada tindakan manipulasi dalam pemilihan tender dan pengurusan tender,” katanya.

Terdahulu, laporan Ketua Audit Negara 2016 siri 1 bagi negeri Johor mendapati Majlis Daerah Pontian (MDP) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) membelanjakan RM103.33 juta dan RM88.91 juta bagi perolehan dari 2014 hingga 2016.

Secara keseluruhannya, daripada pengauditan dilaksanakan terhadap sampel yang dipilih, pihak Audit mendapati Pengurusan Perolehan di MDP dan MDKT adalah tidak memuaskan.
Loading...
Back To Top