KUALA LUMPUR: Ada hikmah mengapa Allah SWT memanjangkan usia Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini diasak dengan tragedi berdarah Memali, demikian menurut seorang veteran PAS, Subky Abdul Latif.
Beliau menyifatkan tuntutan permohonan maaf dan taubat seperti yang disuarakan PAS adalah kerana sayangkan bekas perdana menteri itu, malah tidak mahu melihat Dr Mahathir 'terseksa' sebelum meninggal dunia.
"PAS bukan hendak hukum Dr Mahathir. Kenyataan pemimpin PAS mungkin berbunyi seperti orang sakit hati namun rasionalnya kerana kita sebagai orang Islam yang sayangkan Dr Mahathir, dan mahu beliau mati dengan selesai hubungannya dengan keluarga mangsa Memali. Sama ada beliau salah atau tidak, orang Islam patut minta maaf," katanya kepada Antarapos.
Malah PAS juga menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang berhutang selagi beliau enggan memohon maaf dan menemui keluarga mangsa Memali untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku pada tahun 1985 itu.
"Kita tak mahu Dr Mahathir mati dan kemudiannya terhalang jalannya jika masuk syurga kerana (maafnya) dituntut oleh keluarga mangsa Memali. Sebab Dr Mahathir sekarang kita anggap sebagai orang yang berhutang," ujar Subky.
Tragedi berdarah lebih tiga dekad itu muncul kembali hangat diperkatakan selepas bekas ahli Umno yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bertanyakan soalan itu kepada Dr Mahathir pada forum Nothing To Hide 2.0, baru-baru ini.
Loading...
sans-serif; font-size: 16px;">
Susulan itu, PAS tampil dan mendesak agar ditubuhkan RCI bagi merungkai isu itu dan membersihkan nama pihak yang terlibat.
Untuk rekod peristiwa Memali di Baling yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
PAS, menerusi kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini meminta mereka yang terlibat dengan tragedi Memali itu untuk bertaubat dan meminta maaf.
Parti itu sebelum ini telah beberapa kali menyuarakan saranan kepada Pengerusi Pari Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk melawat kampung dan mangsa Memali, namun tidak ada sebarang tindak balas diberikan.
Subky ketika mengulas lanjut berkata keengganan bekas perdana menteri itu untuk berbuat demikian sedikit sebanyak memberi kesan kepada hubungan antara PAS dan Dr Mahathir, termasuk di dalam gabungan pembangkang.
"Keluarga mangsa Memali menganggap Dr Mahathir sebagai pembunuh. Jika PAS berbaik dengan beliau apa yang akan dikata oleh keluarga mangsa?
"Maka kita mengambil jalan tengah isu ini mesti selesai. Cara Islam ialah orang yang berbaik mesti didamaikan, antaranya menyuruh Dr Mahathir bertaubat.
"Jika beliau boleh buat dan PAS sertai PH tidaklah PAS banyak sangat masalah, sudah tentu ada lorong. Masuk atau tidak itu cerita lain," katanya lagi.
Loading...