Berbagai idea penciptaan ada di pasaran. Ada yang terlebih canggih dan ada yang gagal namun ada juga idea-idea yang bijak dan bernas yang memang ada kena mengena dengan keperluan harian kita. Imaginasi manusia memang tiada batasan. Tetapi terlebih kreatif pun boleh jadi lawak. Mari kita lihat hasil ciptaan barangan kegunaan harian yang akan membuat kita tersenyum sendiri.
Berus gigi untuk mereka yang bergigi rongak.
Kebosanan ketika melepaskan hajat? Membaca surat khabar di jamban mungkin sudah ketinggalan zaman. Memperkenalkan potter putter atau golf tandas. Dapatkannya di sini...serius weh!!
Kentut anda bau pekung? Tak ada masalah dengan pad "Fart Be Gone" ini. Pad ini boleh membuatkan kentut anda sewangi bauan mentol. Tidak ada masalah lagi untuk terkentut di public selepas ini. :)
Chopstick yang melekat dengan kipas. Khas untuk kesenangan kita makan ramen atau meggi. Tak payah tiup lagi :)
Mask pelindung make up.
Chopstick straw. Genius kan? Tak ada masalah lagi nak hirup kuah guna sudu. Sedut je guna chopstick tu.
Khas untuk bapa-bapa di luar sana. Botol susu berbentuk susu ibu.
Loading...
data-original-height="420" data-original-width="640" src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tHdjJ5ZuI-1DnVDUYBuMRFDPyn4HUxdTuZ18ygfd07wOzI1oe-7dvd9J0PHibWnVLkeJMpqXDC1g=s0-d">
Mop kucing dan baby. Sesuai untuk baby yang baru merangkak. Sementara mereka merangkak boleh juga tolong lap-lap kotoran di lantai. Kucing pun sama dari jalan sana jalan sini tak tentu arah boleh juga tolong buat kerja rumah. By the way, kesian gila tengok muka kucing tu.
Topi beserta rambut palsu untuk mereka yang mempunyai masalah kekurangan rambut.
Topi tisu. Untuk kegunaan semasa selsema. Boleh juga dipakai terus ke tandas.
Besen untuk mengunting rambut.
Tempat letak air tin di dalam poket.
Mangkuk yang siap dengan tempat letak telefon. Berita baik untuk phone addict. Ini memang sesuai benor untuk mereka-mereka yang tak boleh berenggang dengan telefon bimbit.
Penyangkut baby untuk mak yang perlu ke tandas segera dan membawa baby tanpa penjaga.
Payung khas untuk smartphone.
Sekian.
Loading...