Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[HIDUP CHINA] Buka kaunter khas pelancong China di KLIA, KLIA2

Loading...

SEPANG - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan buka kaunter pertanyaan khas untuk pelancong China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, kaunter itu akan beroperasi awal bulan depan bagi membantu melancarkan urusan pelancong negara itu di kedua-dua lapangan terbang tersebut.

“Setakat ini, 3.4 juta rakyat China melancong di negara ini. Kita sasar seramai lapan juta pelancong China akan melancong ke Malaysia menjelang 2020.

“Pemilihan untuk buka kaunter tersebut pada September sesuai dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada Oktober,” katanya selepas menghadiri mesyuarat penubuhan kaunter China Helpdesk di KLIA, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Siew Ka Wei berkata, kaunter berkenaan dapat menyelesaikan masalah komunikasi antara pelancong China dengan pegawai Jabatan Imigresen.

“Kaunter ini berdekatan pusat pemeriksaan imigresen di KLIA dan KLIA2, dengan individu fasih berbahasa Mandarin akan menjadi pegawai di kaunter berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang berbincang dengan beberapa NGO untuk menjadi sukarelawan di kaunter tersebut.

Ka Wei turut berharap, kaunter berkenaan dapat diwujudkan di semua lapangan terbang di negara ini. - Sinar Harian

Loading...
Back To Top