Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DUN Perak kecoh... Zambry ajar DAP adab

Loading...
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang bermula Selasa panas selepas dua ADUN DAP-- Nga Kor Ming (Kepayang) dan Ngeh Koo Ham (Setiawan) berkelakuan tidak beradab mencelah ketika sesi soal jawab Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkaitan isu Pasar Pasir Pinji.

Dr Zambry menyifatkan kedua wakil rakyat pembangkang itu sebagai tidak gentlemen kerana meskipun disuruh duduk berulang kali oleh Speaker DUN Datuk S. Thangeswari  mereka tetap mahu mencelah sehingga keadaan dalam Dewan menjadi tegang.

Kekecohan itu berlaku apabila Dr Zambry menjawab soalan lisan ADUN Pasir Pinji, Lee Chuan How yang membangkitkan tentang masalah pasar Pasir Pinji.

Dr Zambry berkata, sewaktu beliau mula-mula menjadi Menteri Besar Perak pada tahun 2009, kerajaan negeri telah mengemukakan satu cadangan membaik pulih pasar-pasar yang ada.

``Tetapi malangnya yang sebelah sinilah (merujuk kepada wakil rakyat DAP) yang menolak membantah mengatakan bahawa  mereka tidak bersetuju dan sebagainya . . . akhirnya satu peruntukan yang besar lebih daripada RM30 juta dan termasuk pasar pinji yang kita hendak buat terpaksa ditarik balik kerana bantahan daripada YB YB semua mengatakan bahawa itu tidak boleh dan sebagainya,’’ katanya.

Serentak dengan itu Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP negeri telah bangun mencelah kononnya Dr Zambry telah memberikan fakta yang tidak betul dan membuat tohmahan yang tidak berasas.

Dr Zambry  lantas bertindak “menyekolahkan” semula pembangkang berkata  beliau ada asas. Belum sempat jawapan dibuat, beliau diganggu lagi kali ini oleh sepupu Nga, Ngeh Koo Ham.

Menyedari keadaan semakin haru biru, Speaker Dewan  sekali lagi meminta Nga Kor Ming duduk dan keadaan menjadi tegang apabila Ngeh Koo Ham pula bangun mencelah.

``Saya tengah menjawab soalan ni…can you behave yourself be gentlemen when  I’m answering my question ? balas Dr.Zambry, yang masih berdiri.

``Boleh tak apabila saya bercakap duduk?...kurang adab sangat…dewan ini tidak ada adab saya dah mengajar dia (Nga) berkali-kali supaya beradab di dalam dewan …tidak ada adab langsung…tengok-tengok.

Speaker Dewan kemudian mengarahkan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham supaya duduk namun mereka masih tetap ingin meneruskan bantahan.

``Ini bukan perdebatan …ini adalah waktu masa menjawab soalan…saya sedang menjawab soalan,”jawap Menteri Besar.

Kedengaran suara Speaker meminta  ADUN Kepayang duduk . . . .” faham atau tidak?”. . . Kekecohan yang tercetus itu menyebabkan hampir satu dewan jadi haru-biru.

``Saya sedang menjawab hal pasar yang  saya sebut masalah yang memang kita nak buat selama ini tetapi yang menjadi punca ialah yang ini . . . (merujuk kepada Nga), kata Dr Zambry, tanpa menamakan ADUN berkenaan secara spesifik.

Ketika keadan reda, Ngeh pula mencelah menyebabkan Dr Zambry berkata,``YB Setiawan ni bertahun-tahun saya didik dia menjadi manusia yang beradab tapi pada kali ini masih tak beradab lagi ketika orang sedang berbahas. . . saya apabila dia nak bercakap saya bagi ruang..saya duduk..saya bagi ruang gentlemen kita bercakap tapi masih tidak beradab macam mana ni?.

Mengenai soalan berkaitan ahli-ahli dewan untuk hadir pada Dialogue Pangkor (PIDD) pada 11 dan 12 Sepember, Menteri Besar, yang juga ADUN Pangkor berkata, tidak menjadi masalah bagi sesiapa saja menghadirinya lebih-lebih lagi wakil rakyat.

Beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB YB pembangkang yang turut hadir pada dialog itu sebelum ini.

``Saya lihat kadang kala YB Hutan Melintang..YB Sungkai juga pernah hadir ..mereka datang untuk mendengar dan mengikuti PIDD dan PIDD ini bukan hanya untuk BN atau orang tertentu..untuk kita semua.

Yang hadir dalam PIDD ini terdiri daripada mereka yang bergelar intelektual, pembuat dasar dan sebagainya daripada Perak dan daripada luar negara.

``Jadi saya harap  ini bukan platform untuk satu satu parti ..ini platform untuk kita semua kerana ada kelebihan – kelebihan di kalangan anak-anak Perak kita malah kita bawa mereka yang berjaya sama ada diperingkat antarabangsa untuk balik umpamanya kali ini kita cuba bawa Michael Yeoh (pelakun selebriti ) kalau ada. . . ini kisah anak-anak Perak yang berjaya diperingkat antarabangsa,’’ katanya.

Sementara itu dalam sidang media pada sebelah petang, Menteri Besar menjelaskan bahawa usaha murni kerajaan memberi imej baik kepada pasar-pasar awam di dalam bandaraya Ipoh berikutan keprihatinan pelbagai pihak termasuk Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin  Shah telah mendapat tentangan pihak pembangkang.

Dr Zambry menyebut pasar awam Pasir Pinji yang kini masih berada dalam keadaan tidak selesa merupakan antara lima pasar awam yang tersenarai dalam cadangan kerajaan negeri untuk dibaik pulih namun mendapat tentang dan bantahan keras daripada pemimpin pembangkang.

Menurut beliau, sejak tahun 2010, ekoran keprihatinan pelbagai pihak, termasuk Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, beberapa siri perbincangan telah diadakan bagi melihat keadaan pasar-pasar di Ipoh sama ada dibaikpulih atau dibina semula.

``Berdasarkan senarai awal, pasar-pasar yang terlibat ialah di Gunung Rapat, Kampung Simee, Jelapang, Pasir Pinji, Jalan Pasir Puteh dan Buntong.

“Ini antara yang kita rancang dengan peruntukan sebanyak RM33.8 juta dan kita mengadakan proses rundingan, saya sendiri turun dua kali di Pasar Gunung Rapat kerana matlamat kerajaan adalah untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

“Malangnya, yang menghalang kita nak bina itu ialah di depan tu (pemimpin pembangkang), kita niat baik, Pasar Gunung Rapat umpamanya, berapa kali kita mengadakan pertemuan, malah kita tanya apa konsep terbaik yang kita nak bina, akhirnya dengan adanya siri hendak demontrasi, mereka tak nak,” katanya.

Beliau mengganggap usaha membaih pulih pasar awam Pasir Pinji itu tidak dapat dilaksanakan akibat tindakan peniaga berkenaan yang mungkin terpedaya dan termakan hasutan dengan dakyah pembangkang sehingga peruntukan itu terpaksa ditarik balik.

Namun begitu katanya, sebahagian daripada peruntukan itu dapat digunakan untuk membina pasar baru Tanjung Rambutan dengan peruntukan RM7 juta pada tahun 2014 di samping pasar ayam bersebelahan UTC Perak.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bawa kerajaan negeri akan cuba untuk mengembalikan semula projek pasar yang telah ditarik balik itu.

``Selepas ini, kalau mereka dah menyesal ke, tahu tindakan mereka dulu salah dan kalau mereka datang nak berbincang, bolehlah kita bincang, tapi kita kena cari baliklah peruntukan, nak cari duit bukan senang,” ujarnya.
Loading...
Back To Top