Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dakwaan mahu sertai PPBM fitnah - ADUN Rengit

JOHOR BAHRU: ADUN Rengit Ayub Jamil menafikan dakwaan beliau akan melompat parti daripada Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan laman sosial pembangkang itu berniat jahat.

“Kenyataan tersebut menyatakan bahawa Ketua Bahagian PPBM Batu Pahat Mohd Zaid Mohd Yusof telah beberapa kali berjumpa dengan ADUN berkenaan (saya) untuk mengadakan
Loading...
perbincangan.

“Semua perkara yang dinyatakan tersebut adalah fitnah, menggunakan pendekatan politik murahan. Saya tidak pernah sekalipun berjumpa, jauh sekali berbincang dengan pihak itu (pembangkang),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keutamaannya kini adalah membantu rakyat sepertimana yang diamanahkan kepadanya oleh Umno.

Semalam, laman sosial pembangkang memuat naik kenyataan yang menyebut bahawa Ayub akan berhijrah ke PPBM dan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi merangka strategi yang lebih tersusun.

ADUN Senggarang, Abdul Aziz Ismail yang dipetik Malaysiakini semalam turut menafikan desas desus beliau akan berhijrah ke PPBM.

Abdul Aziz yang dipetik portal berkenaan turut menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai karut, selain berkata beliau berbangga menjadi wakil rakyat BN.
Loading...
Back To Top