Loading...
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengalih tumpuan ke kawasan Neo Cyber di Cyberjaya, dalam usaha menjejaki warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan keganasan, selepas operasi sama dijalankan di Masjid India, Kuala Lumpur dua hari lepas.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay berkata operasi yang bermula pada pukul 9.30 malam tadi dijalankan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi memastikan temasya itu berjalan lancar.
“Kita pilih kawasan ini kerana ada ramai warga Arab seperti Syria dan Iraq serta warga Afrika yang berkemungkinan ada kaitan dengan pejuang pengganas asing,” katanya kepada pemberita ketika operasi itu.
Beliau berkata mereka yang mempunyai identiti mencurigakan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk semakan dengan data Interpol dan Jabatan Imigresen bagi memastikan mereka tidak tersenarai sebagai pengganas.
Menurutnya 200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi itu membabitkan Unit Pemusnah Bom, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Seperti operasi yang dijalankan sebelum ini, Ayob Khan berkata turut serta dalam operasi kali ini adalah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom yang meminjamkan alat pengesan radioaktif “Personal Radiation Detector”. – Bernama